Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 25, 2008

Novel

Semalam aku keluar gi The Gardens ngan Midvalley ngan Kak Ina. Kitorang just pegi makan-makan and minum-minum. Hajat di hati nak shopping lah ape-ape yang patut. Tapi, malas lah sebab ramai orang ah semalam kat Midvalley. Hahahaha. Yer lah tu sebab ramai orang. Cakap je lah tak der duit Cik Eyzzah oiii. Huhuhuhu. Duit ade sangat tapi malas nak membazir beli barang tah ape-ape.

At last, aku beli dua buku ini sahaja kat MPH.






Sinopsis:

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campurkan sedikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. NAmun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.



Sinopsis

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade. Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.

Dah lama dah sebenarnya aku cari buku-buku ni. Tapi, baru semalam aku ketemu. Buku ni senaskah RM20 aje. Aku tak sempat lagi baca buku ni. Dah baca nanti baru lah boleh nak bagi berape bintang ke ape kan. Huhuhuhu.

No comments: