Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 11, 2008

Pulau Tioman - Day 3

Pagi ni bangun pukul 7 pagi. Then, siap-siap terus dengan muka tak mandi nye gi terjah pantai yang amat mengujakan tu. Memula ingat nak main-main air and ambik-ambik gambar jer. Sekali, tak tahan wooo tengok air laut jernih je cam air kat dalam swimming pool. Cuma beza nye air laut masin jer. Kalau orang tanya aku, kat chalet yang ko duduk tu ade swimming pool tak? Aku jawab je ade, seluas lautan lagi kau. Hahahaha. Bile dah tak tahan tengok air, terus masuk chalet balik, tukar baju semalam sebab nak mandi laut. Gambar mandi laut tak ambik lah yer sebab tak der orang nak tolong ambik kan. Kitorang tak der pun nampak orang lain mandi laut. Kitorang je yang teruja lelebih.








Lepas sejam lebih berendam dalam air laut, kitorang pun naik atas darat and mandi manda bersihkan diri dan having breakfast kat dalam bilik je makan roti ngan tuna. Lepas tu, masing-masing lelapkan mata kejap sebab lepas ni nak gi island hopping pulak. Dah janji dah ngan Abang Budin dalam pukul 11, kawan die nak ambik kitorang kat Coral Reef. Tak sabar nak island hopping sebab boleh pegi snorkeling sekali. Dalam pukul 11 lebih, abang budin datang Coral Reef bagitau kejap lagi kawan die akan datang ambik kitorang. Yang kitorang ni sambil tunggu, sambil snap gambar. Dah tak der keje kan. Snap gambar je lah kan.






Tengah syok-syok ambik gambar, abang bot dah sampai. Abang Budin siap bagi kat kitorang satu plastik roti nak bagi makan ikan kat tengah laut. Baik betul lah abang budin ni tau.Then, abang yang bawak bot tu terus bawak kitorang ke Monkey Bay untuk snorkeling. Sampai-sampai kat Monkey Bay, terus masing-masing terjun sebab tak sabar-sabar nak snorkeling. Syok sangat. Kitorang suruh abang bot tu ambikkan gambar kitorang.







Kitorang siap tanya lagi kat abang bot tu, bape lama nak dok kat Monkey Bay ni bang? Abang bot tu jawab, ikut suka hati korang lah nak dok bape lama. Aku rasa ade nak dekat dua jam kitorang snorkeling kat Monkey Bay tu. Lagi pun, best kat situ sebab kitorang bertiga je yang snorkeling kat situ. Nasib baik lah cuaca tak panas terik sangat. Sedang elok je lah kan. Rasa privacy sangat-sangat. Lepas dah puas snorkeling kat Monkey Bay, abang tu bawak kitorang lunch kat Salang Village. Aku suka Salang Village ni sebab die ramai orang putih dan laut die sangat cantik tau. Gambar aku tak banyak sangat lah masa kat Salang Village ni. Ade tu ade lah jugak kan. Tapi, banyak yang censored. Tak leh tunjuk kat public. Untuk tontonan kaum family jerk. Hahahaha.



Lepas lunch, gi main air kat pantai Salang ni. Main air tengah panas terik. Memang cari nahas lah kan. Then, lepas dah puas main air, abang bot tu bawak pulak kitorang gi Taman Laut. Tapi, kat situ cam tak best lah pulak sebab air die keruh lah tak macam Monkey Bay. So, kitorang suruh abang bot tu bawak kitorang gi Pulau Rengis pulak. Kat situ memang coral cantik-cantik lah. Tapi, ikan kat situ tak banyak sangat.







We all tetap suka snorkeling kat Monkey Bay jugak. Aku rasa ade lah nak dekat sejam setengah snorkeling kat Pulau Rengis tu, terus we all naik bot sebab dah rasa kecut sangat jari-jari ni. Huhuhuhu. Then, abang tu hantar kitorang balik Coral Reef. Bile dah sampai chalet, masing-masing bersihkan diri. Then, tido lah kan ape lagi sebab penat yang amat. Bangun tido je dah maghrib. Masing-masing rasa sakit badan bile bangun tu. Bile dah bangun, terus siap-siap nak gi makan. Makan pun dekat Coral Reef tu jugak. Malam tu sempat lah jugak ber 3G dengan family aku sebab diorang celebrate birthday Yaya malam ni. Aku tak dapat nak join. Dapat ber3G pun dah ok dah. Ade ke adik aku kate aku nangis. Caittt, tak der makna nye aku nak nangis weh. Mak aku siap kate muka aku dah macam anak keling sebab snorkeling. Hahahaa. Tapi, aku rasa, tak der lah cam anak keling sangat pun sebab aku dah siap-siap pakai sunblock dah sebelum terjun laut.




Lepas tu, terus masuk bilik dan sesi urut mengurut pulak diadakan sebab rasa sengal-sengal sangat badan aku ni haaaa. memula, aku urut Ain, then, Ain urut aku. Akhir sekali, Ain urut Nor. Nasib baik aku bawak Losyen Mustajab Pati Halia. Nasib baik aku bawak Losyen ni, kalau tidak, tatau lah camane kan. Lepas sesi urut mengurut, terus kitorang tido tak sedarkan diri. Syok je tido masa badan tengah penat ni.


No comments: