Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 12, 2008

Pulau Tioman - Day 4

Pagi ni kitorang bangun tanpa rasa sengal-sengal dah badan. Yer lah kan, dah buat sesi mengurut dah malam semalam. Maka hilang lah segala sengal-sengal badan. Syok je rasa bile bangun tido. Lepas bangun, dah mandi, terus siap-siap nak gi breakfast. Tapi, tak jadi nak breakfast kat Coral Reef. We all just tapau air milo ais je minum kat dalam chalet and makan roti ngan tuna yang kitorang bawak. Lepas makan, landing time. Tengah sedap-sedap landing atas katil, tetiba dengar bunyi angin. Rupanya, kat luar ribut daaaaa. Menggelabah aku ngan Nor kutip baju ngan seluar yang kitorang jemur. Aktiviti pagi tu tido jer sebab kat luar hujan ngan ribut nye kan. So, sangat lah sedap tido kan kala waktu camni. Alhamdulillah lah kan hujan dah hari akhir dah. Nasib baik first two days tu tak hujan. Cuaca pun sedang elok je untuk kitorang pegi snorkeling. So, no regret lah kan. Kitorang tido sampai lah nak dekat pukul 12. Then, bangun gi makan tengahari pulak. Lepas makan, terus siap-siap nak check out dah. Kitorang check out awal dalam pukul 2 petang. Padahal feri pukul 4.30 petang. Bile dah sampai kat jeti, bodek-bodek brother yang jaga kaunter kat jeti tu dapat lah naik feri yang pukul 3 punya. Alhamdulillah. Ade hikmah jugak check out awal. Boleh lah sampai Kuantan awal sikit kan.

Ain teruja tengok orang putih tu jadi ikan kering kat tepi laut

Saya nak balik KL dah

Ikan Kering tengah berjemur

Masa kat dalam feri, aku tido je sepanjang-panjang perjalanan. Aku terjaga ngam-ngam masa kat jeti mersing dah. Sampai je Jeti Mersing, terus gi ambik kereta. Parking kena bayar RM17 jerk. Then, terus gi beli sourvenir. Beli untuk member-member ofis ngan anak-anak buah aku jerk.

Then, kitorang meneruskan perjalanan ke Kuantan pulak sebab nak tido kat rumah Kakak Ain malam ni. On the way nak ke Kuantan, sempat singgah beli Murtabak Mengkasar kat Pekan. Memang famous lah murtabak mengkasar ni kat Pekan. Murtabak Mengkasar ni sedap sebab inti die tu diorang goreng dulu. Tu yang buat sedap kot. Kitorang order 3 murtabak special. Huhuhuhu. Memang dasar tamak betul. Hahahaha. Tak per lah, bukan selalu pun datang Pekan ni. Entah-entah masa Ain kawin je kot baru nak datang Pekan balik. Hahahaha.





Ambik ko, yang special tu harga sampai RM7. Tapi, memang puas hati lah makan kan. Dalam pukul 9 jugak lah sampai kat rumah Kakak Ain. Dah sampai tu terus gi mandi sebab rasa melekit sangat badan ni haaaaa. Lepas mandi, kakak Ain dah siapkan dinner. Dinner kitorang malam ni, mee kari ngan murtabak. Sedap nye dapat makan murtabak. Cam orang tak pernah jumpa murtabak je aku ni haaaa.

Lepas makan, lepak tengok tv jap. Then, masuk bilik terus layan mata. Penat lah aku sorang je drive kan.

No comments: