Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 15, 2008

Sarawak - Day 1

Pagi ni we all semua turun breakfast kat coffee house. Asalnye die bagi 4 orang je voucher breakfast. Tapi, abah ajak semua turun breakfast kat bawah. Lepas breakfast, turun apartment kejap sebab nak gi tengok van yang abah sewa kat Mayflower. Then, bile dah puas hati dengan van yang abah sewa tu, kitorang naik apartment untuk siap-siap sebab nak pegi Kampung Budaya. Van yang abah sewa tu van kecik je yang boleh muat 8 orang. Tapi, abah dah deal ngan orang Mayflower tu untuk dapatkan van yang panjang sikit sebab esok, maybe Abang Azzam, Kak Ya ngan Yaya will be joining us. So, kalau van yang kecik, memang tak muat lah kan.

Sarawak ni memang lah teruk betul. Bukan lah teruk ape. Signboard tak banyak sangat. Dan seingat aku, sepanjang jalan nak ke Kampung Budaya tu, Satu signboard pun takder. Thanks to GPS lah yang banyak membantu sepanjang kitorang berada kat Sarawak. Abah aku sewa van dan bawak sendiri je kat Sarawak ni. Bile ade GPS, senang sikit lah hidup.

We all sampai kat Taman Budaya dalam pukul 11 pagi. Lepas beli tiket, terus pegi ke dewan die sebab nak tengok cultural show. Cultural show start pukul 11.30 sampai lah pukul 12.15 tengahari. Then, baru lah kitorang tour Kampung Budaya tu melawat rumah-rumah tradisional Sarawak yang ade kat situ. Tiket nak masuk Kampung Budaya tu RM60 seorang yer. Budak-budak bawah 6 tahun free yer. Senior citizen half price.












Lepas dah habis meronda kat dalam Kampung Budaya, kitorang gi makan kat Restoran Budaya kat dalam Kampung Budaya tu jugak. Lepas dah makan, kitorang meneruskan perjalanan pulak ke UiTM, Sarawak sebab kawan mak aku mintak tolong hantar barang kat anak die yang study kat sane. Hahahaha. Tetap nak jugak pegi UiTM kan. Hihihihi. Tapi, tak ambik gambar kat UiTM tu sebab nye hujan lebat yang amat masa sampai UiTM.



Lepas tu, terus balik hotel and rehat-rehat. Dah tak larat dah rasa nye nak keluar. Tapi, malam tu, kena keluar jugak sebab Abah Kak Ya nak belanje makan seafood kat Taman Kereta. Kitorang ni beriya-iya lah keluar naik kereta. Padahal Taman Kereta tu kat belakang hotel kitorang jer. Hahahaha. Lawak-lawak. Makan malam tu memang sedap-sedap belaka. Kitorang ngan family Kak Ya je dah 5 meja. Total 50 orang. Makan seafood kat sane memang heaven lah. Sedap-sedap dan murah-murah.








Lepas makan terus balik and berehat. Esok nak berjalan lagi.

No comments: