Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, August 17, 2008

Sarawak - Day 3

Hari ni bangun awal sebab subuh awal kan kat Sarawak ni. Walaupun aku tengah bulan mengambang tapi, tetap bangun awal sebab semua dah bangun kecoh-kecohkan, so, aku pun nak tanak aku pun terjaga lah jugak kan. Mak aku kan kalau kejut sembahyang subuh memang bising. Tak kira lah ko anak ke menantu ke semua kena kejut. Hahahaha.

Lepas mandi and siap-siap, terus pegi kenduri kawin adik Kak Ya kat Petrajaya. Adik Kak Ya ni, keje kat Sarawak. Itu yang kawin ngan orang Sarawak ni. Rumah mak mertua lak depan je ngan rumah sewa die. Aduhai, senang nye lah kan. Hehehe.

Masa sampai kat rumah Adik Kak Ya tu dalam pukul 10 pagi. Lepak-lepak kejap terus gi berarak masuk dewan. awal giler ok diorang berarak masuk dewan. Kalau kat KL ni, pukul 12 baru start kenduri kan. Kalau kat Sarawak, pukul 10 lebih ko dah berarak masuk dewan. Diorang dah tetapkan lah tetamu pengantin lelaki dok mane. Tetamu pengantin perempuan dok mane. Tetamu pengantin lelaki of coz lah dok dekat ngan pelamin kan. Tempat kitorang duduk tu memang strategik habis lah. Boleh nampak pengantin kat pelamin. Diorang siap ade marhaban lagi kat atas pentas. Tapi nye (guna ayat Yaya), kumpulan marhaban die lelaki lah. Bukan perempuan. So, kena lah dengar diorang marhaban dulu.





Lepas dah dapat tempat duduk, bapak lama nye lah nak tunggu pengantin masuk dewan. Diorang kat sane buat kenduri, bukan nye ko datang terus makan tau. Diorang tunggu pengantin dah bersanding, baru diorang hidang lauk. Si Azfar dah siap mengamuk-ngamuk sebab panas. Dah siap duduk-duduk atas meja lagi budak kecik tu. Pengantin berarak masuk dewan dalam pukul 11 lebih kot. Aku tak tengok jam lah. Aku main agak-agak je lah. Bile pengantin masuk dewan, Kak Ya suruh teka pengantin perempuan nampak cam sape. Sekali, aku tengok, cam velvet ah perempuan ni. Hahahaha.

Lepas upacara tepung tawar, baru lah kitorang ni semua boleh makan. Dah kebulur dah masing-masing. Pengantin makan pun tak hias-hias meja pengantin cam orang KL. Lauk pengantin pun biase-biase je. Tak der pun lauk pengantin yang hias lawa-lawa. Lepas makan, ape lagi kan, upacara ambik gambar ngan family pengantin.



Suka beno ambik gambar camni. Budget cun lah tu. Haahahahaha. Mesti Umar bengang


Anak-anak perempuan mak. Tapi nye, Kak Ros je yang tak der sebab Azfar dah mengamuk

Photographer tau yang ambik gambar ni tapi nampak jugak kamera video die tu. Tak pandai betul ambik gambar. Baik aku lagi ambik gambar. Wahhhhh, berlagak di situ. Hahahaha.


Yaya ngan pakcik die. Tapi, die cakap ni boifren die. Hahaha. Budak kecik pun dah pandai eh boifren-boifren

Lepas dah habis kenduri, we all semua balik apartment. Before that, singgah supermarket beli jajan dulu. Lepas tu, singgah secret recipe pulak sebab nak beli kek. Petang ni nak celebrate birthday Yaya ngan Intan. Intan tu nama pengantin perempuan. Adik ipar baru Kak Ya. Birthday die hari ni. Yaya punya dah lepas tapi saje je celebrate hari ni sebab ramai sedara mara ade kat Sarawak kan. Lepas dah sampai apartment, sesi tido beramai-ramai. Penat giler weh. Kak Ya, Abang Azzam ngan Yaya je yang turun pool.



Lepas asar je, kitorang semua bersiap sebab nak pegi rumah Ijat balik sebab nak celebrate birthday Yaya ngan Intan. Masa sampai-sampai tu diorang semua dah get ready dah. Just tunggu kitorang sampai bawak kek jerk.




Aneka makanan yang ade. Siap ade satay tongkeng lagi. Huhuhuhu


Lepas potong kek, acara makan pulak. kenyang giler aku makan petang tu. Lepas maghrib, terus mintak diri nak balik. Before balik apartment, sempat lagi tu singgah kat monumen kucing-kucing yang dekat depan Holiday Inn tu. Tapi, gambar tak der lah pulak kat dalam Hard Disk ni. Lupa nak save. Nanti-nanti lah aku letak eh. Gambar yang ade pun kat monumen kucing yang lagi satu. Yang kucing besar warna putih tu.








Then, lepas tu, balik hotel untuk mendobi dan mengemas baju. Aku tido pukul 12 lebih sebab teman mak aku mendobi baju. Untung jugak ade mesin basuh and dryer ni. Tak payah lah ko penat-penat nak basuh baju bile sampai KL nanti. Sambil-sambil tu aku online lah kan ape lagi. Dah alang-alang ade wireless, ape lagi kan, pergunakan dengan sebaik-baik nye.

No comments: