Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 18, 2008

Sarawak - Last Day

Hari ni last day kitorang kat Sarawak. Sedih nye lah dah nak balik. Sedih bukan ape, esok dah nak kena start keje dah. Huhuhuhuhu. Sangat malas okeh. Dah syok dah lepak lama-lama kat hotel dan tak fikir langsung pasal keje. Kitorang semua bangun awal tau pagi ni. Breakfast pagi ni kitorang buat sandwich. Kitorang konon. Hahhahaa. Syida sorang je yang buat. Entah ape tah mimpi minah tu rajin semacam.

Pukul 9 pagi kitorang dah turun dah dari apartment sebab nak pegi pasar satok sebab nak beli ikan terubuk masin. Tapi nye, van yang abah sewa tu rosak lah pulak. Bosan nye lah. Kan dah rugi masa. Nasib baik lah jugak van rosak kat apartment. Kalau rosak kat Serikin tatau lah camane kan dengan cuaca panas nye. Tak dapat di bayangkan. Kitorang tunggu dalam van sementara orang Mayflower datang fixkan van tu. Diorang datang, then diorang check van tu, diorang kate bateri habis. So, kena bawak van tu pegi bengkel nak tukar bateri. Kitorang pun naik lah balik kat apartment. Sambung tido balik boleh. Hahahaha.

Dalam pukul 11 pagi, van dah siap. Kitorang pun terus check out tapi, tinggalkan beg kat reception. Then, terus pegi beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok. Kitorang beli ikan terubuk kat kedai UITM. Korang tau tak UITM tu ape? UITM tu ialah USAHAWAN IKAN TERUBUK MASIN. Hahahaha. Mentang-mentang lah keje kat U*TM, beli ikan terubuk pun still jugak nak beli kat kedai ni. Hahahaha. Abah aku siap tanya aku lagi dah ambik gambar ke nak letak dalam blog? Hahahaha. Sabo je lah aku. Abah pun dah faham sangat ngan aku. Asal ambik gambar je mesti nak letak dalam blog.






Lepas dah beli ikan terubuk, terus pegi waterfront. Last day baru terhegeh-hegeh nak gi waterfront. Padahal dari apartment tu dekat sangat lah waterfront ni. Kira nye last minute shopping lah kat waterfront ni. Aku nak jugak cari fridge magnet IBAN tu. Tak puas hati sehhhh kalau tak jumpa. Semua kedai aku redah untuk cari magnet IBAN tu. Hahahaha. Ade satu kedai tu jual RM5 satu. Ade yang jual RM4 satu. Dan aku jumpa kat satu kedai ni, die jual 6 magnet RM15. So, dapat lah RM2.50 satu. Aku beli 6 magnet tu so that aku boleh lah bagi kat kawan-kawan aku.



Orang beli souvenir, die pun sibuk jugak memilih tau budak kecik ni


Yaya dah penat dah nak pandang kamera. Aku panggil pun die buat dekkkk jek


Tak takut betul Azfar ni. Yer lah kan, sebab budak lagi dok

Lepas dah habis membeli, abah ajak makan kat cafe James Brooke kat tepi Waterfront tu. Kitorang makan nasi goreng ngan laksa sarawak je. Sedap sangat. Nasi goreng die pun sedap. Kuis sane jumpa ayam, kuis sini jumpa ayam. Udang pun banyak. Sedap.







Before makanan sampai, we all bergambaran dulu kat luar cafe James Brooke tu.





Lepas makan, terus pegi balik ke apartment ambik beg and terus ke airport. Huhuhuhu. Dah nak balik KL dah sebab esok keje maaaaa. Sedih nye lah. Tak puas lah lagi nak bercuti. Lepas ni ke mane lagi lah cuti-cuti bersama family aku?

Alhamdulillah selamat sampai kat LCCT dalam pukul 7 lebih. Driver abah ambik kat LCCT. Sampai rumah je letak barang terus keluar gi klinik and dinner sekali.

No comments: