Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 02, 2008

Selamat Pengantin Baru Noni & Eli

Hari ni belah pagi tak der pegi mane-mane. Just layan anak-anak buah aku je. Mak pak nye masing-masing ade keje. Auntie-auntie yang cool ni sanggup je lah nak menjaga anak-anak buah nye. By 11 pagi aku dah bersiap dah nak ambik Ain sebab aku ngan Ain nak pegi kenduri kawin Noni kat Puchong.

Semalam lagi aku dah call Noor siap-siap mintak plan nak gi rumah Noni kat Noor. Memula aku lukis lah ape semua kan. Tai aku rasa cam susah lak nak lukis-lukis ni. So, jalan terbaik ialah buat karangan pendek. Hahahaha. Kelakar je bile baca peta ala-ala karangan tu.

Senang je nak cari rumah Noni sebab maybe aku familiar area rumah Noni tu kot. We all sampai rumah Noni dalam pukul 1 tengahari. Sampai je rumah Noni, we all makan dulu. Menurut kata Ain, Noni jemput tak ramai tetamu. Dalam 500 orang je tetamu yang die jemput. So, tak der lah sesak sangat kan. Lepas makan tu, boleh lagi aku lepak-lepak kat meja makan. Kalau kat kenduri yang jemputannye ramai, jangan harap lah kan nak lepak kat meja makan lama-lama.



Lepas dah lepak kat meja makan, terus masuk rumah Noni pulak sebab nak tengok pengantin bersanding. Pukul 2 lebih baru pengantin lelaki sampai. Lewat giler kan, padahal rumah pengantin lelaki nye sekangkang kera je ngan rumah pengantin perempuan. Kalau mak aku tu, sure dah marah dah tu pengantin sampai lewat. Yer lah kan, orang datang nak tengok pengantin. Tapi, pengantin lak sampai lewat. So, aku ngan Ain snap-snap gambar dulu.



Lepas dah tengok Noni bersanding, gi masuk kat bilik pengantin pulak. Huhuhuhu. Bilik pengantin sejuk sikit sebab ade aircond. Lepak-lepak sesambil ambik gambar. Then, masa tu lah Noor perasan yang handphone die tak der kat dalam drawer. Huhuhuhu. Sah lah memang dah kena ambik ngan pencuri. Lahabau betul lah. Tapi, kitorang semua syak handphone die kena curi masa orang dok sibuk-sibuk tengok pengantin bersanding. Bukan setakat handphone je yang hilang, duit yang boss Noni bagi pun lesap jugak. Tapi, yang agak pelik tu, kenape handphone Noni die tak ambik lak. Musykil betul aku. Tapi, memang lah kalau kenduri kawin ke kan mesti je ade benda-benda gini jadi. So, berhati-hati lah yer korang lepas ni.

Make up artist Noni yang serupa perempuan itu, siap cakap kat kitorang ape tau, Eh perempuan, korang kan pakai B*A, lain kali, korang selit je lah handphone korang tu kat B*A. Muahahahaha. Sabo je lah aku tau. Lepas tu, kitorang pun bergambar ngan pengantin kat pelamin. Then, nak dekat pukul 4 jugak lah kitorang balik.

Simple je kan pelamin die. Aku suka pelamin camni. Tak serabut sangat

Noor yang bukan main lagi set rambut. Mentang-mentang lah ko jadi pengapit eh

Aku ngan Noor yang comel lepas set rambut

Ni pulak ngan Ayu sekali. Ayu comel lah. Suka aku tengok. Peramah lak tu. Dah lah aku first time jumpa ngan die. Tapi, leh borak cam orang yang dah lama kenal.

Ni gambar kat pelamin ngan kawan-kawan Noni sekali. Diorang ni semua sporting giler.

Balik tu pulak singgah ofis jap gi jenguk orang-orang ofis yang OT hari ni. Kalau jenguk tu kena lah bawak pisang goreng ke ape kan. Baru sedap sikit bergossip sambil makan pisang goreng. Hahahaha.

Then, balik rumah ambik Syida, Siti, Azfar ngan Yaya sebab nak gi ambik Umar kat bus stand Sec 17. Die tengah mid term break. So, lama sikit lah die ade kat rumah ni.


Aku suka gambar ni. Gambar ni syida yang snapkan masa dalam kereta on the way nak ambik Umar. Semua pandang kamera. Masa ni pulak kereta tengah berjalan selamber je aku posing-posing tau.




Azfar kalau dah nampak paksu die, jangan harap lah Mak Lang die ni laku. Cuba tengok tu, dok melekap je ngan paksu die. Menyampah aku tengok. huhuhuhu. Mak Lang jeles ke Mak Lang?

Azfar skrg ni suka sangat buat mulut camni tau. Geram aku tengok die. Rasa nak gigit-gigit jerk.

No comments: