Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 06, 2008

UJIPAH Ver. 3

Di kala aku tengah sibuk-sibuk nak bercuti-cuti malaysia ni, time ni lah jugak Kak Tipah suruh buat tugasan untuk UJIPAH Ver. 3. Nak tanak kena lah buat jugak dok. Kalau tak buat, naya je dapat telur ayam sebijik. Tanak aku.

Tugasannye ialah :

Para peserta dikehendaki memilih salah satu entry dari blog aku nih [tak kisah la dari bulan baper dan blog yang mana satu pon]. Pilih cuma satu jek! Jangan lupo copy url entry tersebut, masukkan dalam karangan koang. Then, koang dikehendaki citerkan kat aku, kenapa koang pilih entry tersebut - adakah ianya sedey, kerakar, memotivasikan koang, atau menyesatkan hidup koang.

Terpulang la koang nak tulis apa pon. Positif atau negatif, semuanya aku terima dengan hati yang terbuka.

Keyword untuk UJIPAH Ver. 3 ni ialah AKTIF dan tak kenal erti penat.

So, aku telah memilih untuk buat karangan berdasarkan ENTRY INI dan ENTRY INI kerana aku rasa Kak Tipah ni memberi inspirasi untuk aku menjadi aktif cam die jugak. Aktif giler Kak Tipah ni. Bukan cam aku ni haaaa. Tak aktif langsung kat ofis. Orang ajak main bowling wakil fakulti pun bapak malas nak join. So, aku rasa lepas ni kalau ade lah sukan-sukan ke kat fakulti ni boleh lah hendak nye aku join kan. yer lah kan, nak jadi aktif cam Kak Tipah.

Belah pagi, seawal pukul 5.30 pagi, Kak Tipah dah merempit ke ofis untuk pegi ke BSN Training Centre sebab ade senamrobik. Dah lah pepagi buta lak tu. Sejuk woooo. Tak tahan aku. Dah lah dengan ade penyakit lelah nye. Tahan betul Kak Tipah ni naik motor pepagi buta. Then, sampai ofis, naik pulak van pulak ke Bangi sebab ade senamrobik. Aku tengok gambar Kak Tipah happy giler je masa buat senamrobik tu tanpa memikirkan penyakit lelah die tu. Ade tu sampai gigil lutut Kak Tipah. Aku tatau ah gigil ke tak tapi, dah Kak tipah cite dalam blog die, die gigil lutut, gigil lah kot. Hahahaha.

Lepas senamrobik, ade lak tarian poco-poco koboi. Penat weh buat tarian poco-poco tu. Aku tau sangat sebab aku penah buat. Basah lah jugak baju ni kan. Tapi, aku dapat rasa kekecewaan Group Kak Tipah bile dapat nombor 3 sebab nye tak leh muncul kat rancangan AC Di Sini. Kalau aku pun, sedikit sebanyak pun mesti kecewa jugak. Yer lah kan, bile lagi nak glemer masuk TV kan.

Lepas dah habis tarian poco-poco Koboi tu, Kak Tipah bergegas pulak ke Sunway sebab ade Bowling Inter DG. Bowling ni memang tak dinafikan telah menjadi satu sukan kegemaran Kak Tipah. Siap ade kasut ngan bola bowling sendiri lagi. Lagi sekali nak tanya, tak penat ke Kak Tipah? Huhuhuhu. Berlari-lari dari Bangi ke Sunway pulak. Tapi, die agak kecewa lah jugak kot hari tu sebab nye permainan nye hancur giler (giler ni aku tambah-tambah je buat sedap ayat). Walaupun Kak Tipah dah rasa nak pengsan pun ade die tetap jugak tu bertahan sampai ke 5 game. Tapi, sekali lagi Kak Tipah kecewa sebab die dapat nombor 16. Yang terpilih untuk wakil ofis die 15 orang je. Tapi, akhirnya kekecewaan Kak Tipah terubat akhirnya lepas ade sorang peserta wanita ni tarik diri. Aku pun tumpang gembira untuk Kak Tipah.

Anyway, aku nak nasihat lah jugak kat Kak Tipah, kite nak aktif main bowling ke senamrobik ke poco-poco koboi dan sebagai nye pun boleh tapi, aku harap Kak Tipah jaga lah kesihatan ok. Jangan terlampau aktif sampai mengabaikan kesihatan tu ok.

Fuhhhhh, habis akhirnya tugasan UJIPAH Ver. 3 ni. Bile Kak Tipah publishkan je entry untuk UJIPAH Ver. 3 ni, sepantas kilat aku buat sebab aku takut tak sempat lah. Aku kan nak pegi cuti-cuti Malaysia esok. Isnin lak aku cuti maaaaa.

No comments: