Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 26, 2008

Berbuka Hari Ke 25

Semalam, balik dari keje, terus balik rumah and ambik Syida and Siti terus berdesup pegi rumah Abang Farid ambik die and last sekali pegi ambik Azfar kat rumah babysitter. Abang Farid nak join kitorang sekali gi bukak puasa kat KLCC. Kak Ros tak join sebab die ade dinner kat KGPA. Siti ni lah die teringin nak makan spagetti kat Signature Food Court. Aku ngan adik beradik aku makan kat Food Court pun layan. No hal punya. Punya lah sanggup turun dari Sungai Buloh ke KLCC semata-mata nak makan spagetti sedap kat situ.

Kitorang bukak puasa pun dalam kereta. Sempat beli mcd jer. Then, sampai KLCC nearly pukul 8 malam lah jugak. Nak mencari parking pun satu hal. Alhamdulillah tahap kesabaran aku tinggi malam tadi. Bile dah masuk parking, diorang pegi solat maghrib. Aku tunggu kat luar dengan Azfar. Jatuh saham aku weh dok jaga baby dengan tolak stroller nye. Muahahahaha. Mesti orang ingat aku dah kawin and ade anak. Hahahaha. Kalau ade mamat nak berkenalan pun terus cancel. Hahahahaha. Perasan di situ yer. Bengong betul.

Then, terus gi makan.



Aku order alfredo. Siti ngan Syida order Spagetti Bolognese. Bubur ayam tu untuk Azfar. Suka benar Azfar makan bubur sampai kan aku suruh tiup, bersembur habis air liur die. Hahahaha. Lawak lawak. Lepas habis makan, saje je lah bawak Azfar jalan-jalan kat Taman KLCC. Suka betul mamat tu jalan-jalan kat situ. Siap excited tunjuk-tunjuk kat air pancut. Almaklum je lah kan, duduk kat atas kayangan kan. Mane nak jejak tanah. So, bile sekali sekala jejak tanah tu yang jadi excited tu. Pastu, terkedek-kedek lak tu berjalan. So cute. Hahahaha. Sape lagi nak cakap cute kan kalau bukan Mak Lang die. Lepas tu, ajak balik tanak pulak mamat ni. Then, aku dukung lah die kan sebab kalau nak bagi die jalan, lambat lah pulak karang. Sekali, die tanak dukung. Die gigih jugak nak berjalan. Aduhai, penat aku melayan die semalam.

No comments: