Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 15, 2008

Berbuka Puasa Hari ke 15

Hari ni aku berbuka kat One World Hotel. Kawan abah belanje lagi. Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. Lepas balik keje semalam, ambik Siti kat U**SEL, terus gegas balik rumah sebab nak kejar masa. Dah sampai rumah, naik rumah jap cuci-cuci muka. Solat asar aku dah siap-siap solat kat ofis dah pun sebab aku takut kalau nak solat kat rumah takut tak sempat. Kitorang gerak dari rumah pukul 6 petang. Tapi, nak sampai ke One World Hotel tu sikit punya jem lah. Tension kepala otak aku ni dok fikir jalan yang tak jem. Aku siap masuk Taman Tun nak elak jem. Tapi, still jugak jem. Dalam pukul 6.50 petang baru lah sampai. Terus kitorang pegi ke Cafe Cinnamon. Ingatkan Pakcik Khairun sorang je yang ade. Rupa-rupanya ramai kawan abah yang ade. Makanan sikit punya banyak lah yang ade. Lepas je makan sikit, terus we all pegi solat maghrib. Lepas solat maghrib, baru lah kitorang makan tak hengat punya. Hahahaha. Tapi, Tak der lah tak hengat sangat.


No comments: