Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 27, 2008

Family Outing

Semalam, family aku gi bukak puasa kat Pizza Hut Taman Tun. Nasib baik datang awal. Kalau tidak, memang lah tak der tempat. Masa waitress tu ambik order, tiba-tiba nampak lah Dafi masuk dalam Pizza Hut tu. Nak sangat ambik gambar ngan budak comei tu. Tapi, alahai, aku malu lah wei nak cakap kat die. Huhuhuhu. Sifat pemalu dalam diri akak ni menebal pulak semalam. Hahahaha.

Entry hari ni tak der gambar makanan ok. Lagi pun kan, makanan nye Pizza je pun kan. So, tak yah lah ambik gambar. Nanti kate aku jakun lak gambar Pizza pun nak ambik. Tapi kan, peduli ape aku kalau orang kate aku jakun. Ade aku kisah?

Ambik gambar Dafi curi-curi

Lepas makan, terus bergegas pulak pegi The Curve sebab nak solat. Lepas solat, pegi Clarks pulak sebab nak cari kasut Azfar. Atok belanje Azfar kasut raya tahun ni. Nak beli kasut Azfar je. Tapi, semua nak mengekor tak kira dah kawin ke tak. Mengekor je keje kitorang ni haaaa. Kitorang kan one happy family at home. Hahahaha.

Azfar tengah pilih-pilih kasut

Suka benar mamat ni main korek-korek hidung. Ikut abah nye lah tu. Hahahaha. Jangan marah eh Abang Farid. Nanti anak awak tak dapat duit raya. Tetiba je Azfar jadi mangsa.

Lepas dah beli kasut Azfar, kitorang berpecah. Mak ngan abah nak balik dengar nye. Abang Farid ngan Kak Ros balik rumah dan aku, Syida, Siti, Abang Azzam, Kak ya and Yaya pegi masuk Nichii jap sebab aku tak puas hati nak jugak cari wedges yang aku tengok kat sunway hari tu. Mane lah tau kan, nasib menyebelahi aku. Sekali, pegi-pegi, tak der pulak warna yang aku nak. Waaaaa, sedih nye lah. Syida cakap kat aku tak elok membazir. Pakai je lah ape yang ade. Amboi Syida, ko bukan main nasihatkan aku yer. Hang tu kejap-kejap beli kasut baru, kejap-kejap beli kasut baru.

Lepas tu, terus pegi Tesco pulak sebab Kak Ya nak beli sandals untuk Yaya. Masuk Tesco buat penat je sebab tak der kedai jual sandals budak-budak. So, patah balik masuk The Curve. Sekali, terserempak ngan mak, abah ngan Umar. Rupa-rupanya mak ngan abah tak balik lagi. Diorang gi beli baju raya untuk Umar. Abah tanya kitorang dari mane? Aku cakap lah kitorang dari Tesco sebab nak cari sandals untuk Yaya. Sekali, abah decided to belanje jugak Yaya sandals raya. Adoyaiii, best nye lah jadi Cucu-cucu Datuk (Atok) Roslan ni. Hahahaha. So, we all pun terus hala ke Al-Ikhsan Sport. Sekali, masa on the way nak naik escalator tu, Abang Azzam kate tu haaa, lu pikir lah sendiri. Ingatkan die cakap ape. Rupa-rupanya Abang Bil ade kat situ. Nak kejar nak ajak ambik gambar den malu. So, cam redha je lah die turun escalator tu. Tapi, Abang Azzam kate, alaaaa, jap lagi terserempak jugak tu dengan die.


Lepas dah settle beli sandals Yaya, terus turun bawah. Abah ngan mak terus balik rumah. Kitorang tak balik terus. Pegi ATM dulu keluarkan duit sebab nak bagi duit raya. Tahun ni aku tak tukar pun duit raya. Aku bagi duit besar-besar je. Wahhhh, besar lah sangat. Hahahaha. Lepas dah keluarkan duit, gi lepak kat Starbucks pulak. Masa tengah lepak tu ternampak pulak Bang Bil. Ape lagi, terus Kak Ya cakap kat Bang Bil nak ambik gambar sekali. Bang Bil ni best lah very humble. Die yang datang kat kitorang untuk ambik gambar. Wahhh, besar pangkat peminat sampaikan Bang Bil yang datang kat kitorang untuk ambik gambar. Lepas ambik gambar ngan Bang Bil, terus pegi kat Iqram Dinzly pulak. Hensem nye lah Iqram. Yaya siap salam Uncle Iqram lagi. Nasib baik tak dapat duit raya jer. Sorry lah Iqram to bother u ajak ambik gambar. Hehehehe.


Then, kitorang lepak-lepak sambil minum and borak-borak adik beradik. Lepas tu, terus balik rumah. Masa keluar The Curve tu, jalan punya lah jem. Aduhai, penat lah weh jem-jem ni.

No comments: