Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 21, 2008

Happy Birthday Siti & Umar


Pagi ni bangun agak lah lewat sebab malam tadi tido pun dah lewat kan. Bangun-bangun pagi je adik aku ajak aku pegi Unitar sebab die nak gi bayar yuran konvo. Dah nak dekat tarikh tutup, baru lah terhegeh-hegeh nak bayar. Aku sekeh sekali karang baru tau. So, keluar lah kitorang ke Kelana Jaya. Bile dah sampai Unitar, adik aku kate kat ofis unitar tu orang yang incharge bahagian yuran konvo tak der pulak. Adik aku kate orang ofis kate boleh transfer ke akaun then fax kan je detail payment kat diorang. Ok, senang lah camtu kan.

Then, kitorang masuk Giant KJ jap. Tapi, tak beli satu hape pun sebab tak berkenan. So, terus lah menghala ke SACC Mall. Adik aku ni lah gedik nak beli kasut raya. Berape banyak kasut tah die nak. Yang aku pulak nak cari tudung dubai. Ingat nak cari kat PKNS. Parking je kat SACC Mall. Almaklum je lah kan parking kat PKNS tu cam haram. Susah nak dapat parking. Nak-nak belah petang ade pulak PARAM kat PKNS.

Masuk-masuk je SACC Mall, ade satu stall tu jual tudung dubai. Aku ngan adik aku pun gigih lah kan dok belek-belek tudung dubai kat situ. Alhamdulillah, banyak gak choice kat situ. So, tak yah lah aku bersesak-sesak ke PKNS. Kat SACC Mall pun dah ade. Aku beli sehelai, adik aku beli sehelai. The, adik aku gi cari sandals die kat Vincci. Nasib baik jumpa sandals yang die berkenan. Kalau tak jumpa, mau aku mengamuk kat situ sebab Syida ni punya lah cerewet. Ade satu masa ni, Nak cari barang die sikit punya lama. Itu tak berkenan, ini tak berkenan. Cerewet giler. Nasib baik aku ni seorang kakak yang baik, layan kan je lah. Kalau Siti, mau meroyan die melayan Syida. Hahahaha.

Lepas dah beli ape-ape yang di cari, terus balik rumah. Dah balik rumah, terus gigih jadi model tudung dubai pulak. Hahahaha. Tak der keje betul. Lepas tu, terus semua tido sampai lah pukul 5 lebih. Aku selamber dek je tertido dalam bilik mak. Di kala cuaca panas ni, syok je tido bilik mak. Pasang aircond kuat-kuat, then tido. Best je rasa.

Malam pulak, pegi makan kat Auntie Juliet Garden Cafe. Before that, berbuka kat rumah dulu sebab nanti susah nak cari tempat nak solat. Jauh giler kan gi makan. Pegi makan kat situ sebab nak celebrate birthday Siti ngan Umar. Kebetulan pulak Umar balik minggu ni. So, pegi lah celebrate. Abang Farid tak join sebab Azfar demam. Nasib baik family aku semua kate sedap makan kat situ. Tak sesia lah aku dok promote Auntie Juliet kat diorang. Huhuhuhu. Aku siap borak-borak ngan ambik gambar ngan Auntie Juliet lagi. Hahahaha. Peramah gile Auntie Juliet ni. Abah aku siap tanya kat Auntie Juliet tu, mane romeo nye? Hahahaha. Auntie Juliet jawab ape tau, I'm a single mother lol. Where got romeo lol. Hahahaaha.




Lepas makan-makan, terus hala ke Prima pulak sebab nak gi rumah Abang Farid. Kali ni nak gi makan kek pulak. Sambil-sambil tu nak gi melawat Azfar demam. Hehehehe. Yaya naik kereta ngan kitorang. Ibu ngan Abah die sakan berdating naik kereta berdua. Anak dah kena kidnap ngan auntie and paksu die. Hahaha. Dalam kereta pun nak snap gambar. Biase lah kan kitorang. Tak kenal lagi ke?



Sampai rumah Abang Farid, nampak Azfar dok baring je cam tak larat. Tapi, lepas je nampak kitorang datang die jadi cam aktif pulak. Then, kitorang tengok cerekarama. Nak potong kek pun tunggu iklan dulu baru potong. Sabo je lah. Kali ni beli kek kat secret recipe and kek die kasi variety sikit. Kalau ambik sejenis je boring pulak karang.




Kitorang stay kat rumah Abang Farid sampai habis cerekarama. Lagi pun Sungai Buloh dekat je ngan Prima. Tak der hal lah balik lambat pun. Lepas dah balik rumah, mandi-mandi terus aku online sampai lah skrg ni. Tak leh nak tido lah. Tak ngantuk langsung. Tu yang aku ambik kesempatan update blog ni haaaaa.

No comments: