Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 30, 2008

Kelantan Day 3

Hari ni sahur makan mee goreng mamak. Abang Farid ngan mak gi beli mee goreng mamak pukul 2 pagi. They all keluar gi beli pukul 2 pagi sebab perut Abang Farid dok berkeroncong masa tu. So, beli lah sekali untuk kitorang kat rumah. We all tak duduk kat rumah atok sebab tak der tempat nak tido. Kan aku bagitau dah kan anak-anak and cucu-cucu atok aku semua balik kan. Rumah atok aku kecik je. So, tak muat nak sumbat semua masuk bilik. Lagi pun, kitorang ni adik beradik pakai tudung depan sepupu-sepupu lelaki. Takkan lah nak golek-golek tido depan tv kan. Tak manis gitu. Dulu kecik-kecik boleh lah wat gitu kan. Dah besar ni agak lah segan nak tido depan tv. So, atok sewa sebuah rumah yang dekat ngan rumah atok. So, family aku semua dok rumah tu. Bile nak tido, tido kat rumah tu. Bile nak makan, semua pegi rumah atok aku sebab kat rumah tu tak der dapur. Alaaaa, die buat rumah tu as a rumah persinggahan je. Tu yang kitorang sahur makan mee goreng mamak je. Tak kuasa nak gi ketuk pintu rumah atok pukul 5 pagi. Huhuhuhu.

Belah kiri rumah atok aku, belah kanan tu rumah yang atok aku sewa kan

Lepas subuh, tido balik. Then, bangun pukul 9 lebih. Lepas dah mandi semua, terus pegi rumah atok sebab nak buat persiapan raya kan. Masa nak gi rumah atok tu, tengok Mak Long tengah rebus lontong kat padang kat depan rumah atok.


Kitorang ni mane biase masak-masak kat luar. Selalu nye, mak aku masak kat dapur jer sebab masak dalam kuantiti tak banyak kan. Tapi, lontong ni memang kena rebus kat luar sebab banyak kan. Lepas tengok mak long rebus lontong, masuk rumah atok, mulakan operasi mengemas. Nasib baik ade Abang Zul. Abang Zul ni anak Mak Long. Die mengemas memang tiptop. Kalah lah perempuan-perempuan ni mengemas. Syida menyapu sampah. Then, kitorang pasang langsir pulak. Aisy pun sibuk betul nak menolong. Tak padan ngan kecik. Lepas pasang langsir, acara menggosok langsir pulak. Nasib baik mak beli steam iron. Senang sikit keje-keje menggosok langsir ni. Lepas tu aku teruskan lagi dengan menjahit pulak baju Yaya ngan Aisy. Then, orang kat dapur dok basuh ayam ngan kupas segala mak nenek bawang. Aku tak tolong kat dapur sebab aku gi rumah Kak Norma anak Tok Ngah jap sebab nak pinjam mesin jahit tepi.




Balik dari rumah Tok Ngah, lontong dah siap masak dah. Abang Shahrul siap datang lagi ambik lontong untuk makan kat rumah mak mertua die. Kalau jual lontong ni pun laku ni. Tapi, tu lah kan, orang Kelantan mane makan lontong pagi raya.

Lepas tengok lontong, Si Yaya pulak dok sibuk-sibuk suruh Mak Lang die ni ambik gambar die. Die punya dialog kelakar giler. Jap, jap Mak Lang, Yaya nak angkat kaki sebelah. Hahahahaha. Mane tah belajar ambik gambar angkat kaki sebelah. Kelakar lah awak ni Yaya.

Lepas tu, balik jap kat rumah sewa tu, mandi-mandi semua, pukul 6 petang, pegi balik rumah atok sebab nak sediakan juadah untuk berbuka. Mak dah masak siap dah semua. Tinggal nak hidangkan aje. Banyak giler lauk. Tu tak campur dengan lauk beli lagi. Memang best lah bukak puasa ramai-ramai.


Lepas bukak puasa, dok borak-borak lak ramai-ramai sambil bukak hamper yang mak aku bawak dari KL. Memang tetiap tahun camtu. Memang mak akan bawak hamper yang berlambak-lambak giler kat rumah yang abah dapat dari contractor, supplier semua. Sebab kalau letak kat rumah memang lah tak habis. Bukan nye ade orang nak makan pun makanan-makanan tu semua. Budak-budak kecik lah orang yang paling happy masa ni sebab segala jajan-jajan diorang telan. Coklat murah, coklat mahal semua masuk perut. Tak per lah kan, bukan nye selalu dok.

Dalam pukul 10 lebih we all dah balik rumah sewa dah. Penat giler rasa hari ni. Esok dah nak raya kan. Boleh pulak pukul 11 malam sepupu lelaki aku ajak we all keluar gi bandar. Selalu nye dekat ngan pasar khadijah tu diorang lelong barang-barang. Murah lah kan. Tapi, mengantuk sangat. Tu yang tak pegi tu. Tak kuasa dah nak meredah lautan manusia.

No comments: