Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 16, 2008

Iftar Hari ke 16



Hari ni mak masak ayam kukus ngan kuih puteri berendam je untuk berbuka. Kak Ya pulak masak bendi ngan tempe. Abang Farid beli ayam percik ngan tepung pelita. Kak Ya beli agar-agar jugak. Sedap betul agar-agar yang Kak Ya beli. Warna warni sangat. Aku suka warna warni. Ceria jer rasa. Selalu macam tu, asal nye lauk satu je mak aku masa. Tapi, bile diorang semua balik rumah mak berbuka, jadi banyak pulak lauk. Tapi, alhamdulillah semua lauk habis. Tak membazir sikit pun.

Kat bawah ni aku letak gambar step by step gambar kitorang buat puteri mandi. Kalau aku tak letak karang ade yang bertanya. So, aku letak lah jugak.



Bahan-bahan yang diperlukan :

Tepung Pulut
Tepung Beras
Santan
Air

1. Masukkan tepung pulut banyak mane yang u all nak. Pastu, masukkan sekali tepung beras 2 sudu besar.

2. Masukkan air satu atau dua gelas ikut lah. Kalau lembik tepung tu, tambah lagi tepung pulut. Kalau keras tepung tu, campur air lagi.

3. Bahagi kan doh tu kepada 5 bahagian.

4. Ikut lah nak letak berape warna yang korang suka. Then, uli bagi rata.

5. Dah siap dah doh yang berwarna biru, pink, purple, kuning dan putih.

6. Gentel kecik-kecik bentuk bujur. Jangan besar-besar sangat. Nanti tak tertelan lak karang. Tercekik jadi nye.

Sementara tu, jerang air dalam periuk then masukkan tepung yang dah di uli jadi bentuk bujur tu dalam periuk.

Bile tepung dah naik ke atas dalam periuk tu kan, boleh angkat then letak kat dalam bekas yang berisi air. Rendamkan tepung yang dah masak tu kat dalam bekas berisi air tu. Kemudian boleh toskan. Lepas dah toskan tu, masukkan ke dalam santan yang telah di masak. Lupa lak nak cakap, santan tu kena masak dulu kat atas dapur then masukkan halba dan gula.

Dan, siap lah sudah puteri berendam. Ke korang panggil kuih ni kuih ape? Bagi kitorang adik beradik, nama kuih ni puteri berendam. Kalau orang kelantan, pangil kuih ni butir nangka kot. Hehehehe.

No comments: