Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 19, 2008

Iftar Hari ke 19




Hari ni aku dah start keje balik setelah seronok giler bercuti sakan selama 3 hari. Aku sesaje je ambik cuti nak beristirehat kat rumah. Hari ni pegi keje, dapat berita yang Jila maybe doktor akan induce die sebab baby die besar. So, petang tu, aku ngan Ain pegi jumpa die before die meletup. Karang lepas ni die dah slim, tak der lak gambar kenangan masa die pregnant.

Malas nak jalan kaki, aku bawak kereta je pegi ofis Dekan. Padahal, ofis dekan ngan ofis kitorang dekat lah sangat-sangat. Tapi, disebabkan cuaca panas terik, tak dapek den nak nolong. Terus capai kunci kereta, start enjin, kena lak buat satu pusingan nak ke pejabat dekan. Tak ke buang minyak nama nye tu. Hahaha.

Tak per lah, lagi pun petang-petang senang nak cari parking. Kalau tengahari buta, tak ingin aku nak naik kereta walaupun matahari tegak atas kepala. Tak sanggup nak keluar kan kereta dari petak parking. Kalau keluar kan kereta, memang azab lah nak cari parking. Keje dok berebut ngan student je parking kereta ni. Student ni kadang-kadang tak faham bahasa, dah kate parking tu untuk staff, jangan lah gatal nak parking kat tempat staff kan. Pegi lah cari parking kat tempat lain.

Sampai kat ofis dekan, tengok diorang dah hias ofis dah bukan main lagi. Siap gantung kad raya, ketupat ngan sampul duit raya. Ofis kitorang just pasang lampu lip lap lip lap tu jer. Sempat borak-borak kejap ngan diorang and terus borak-borak ngan Jila.



Lepas sessi bermaaf-maafan ngan Jila, terus balik ofis sebab tak leh lama kat ofis dekan takut nanti diorang cari. Petang tak der keje sangat nak buat. Hari ni balik keje, terus balik rumah Ain. Lepas dah mandi-mandi semua, Lan call cakap dah sampai. Kitorang keluar rumah pukul 6 sebab hari ni ade orang belanje kitorang bukak puasa kat Grand Blue Wave Hotel. Awal jugak lah kitorang sampai. Before ambik makanan tu sempat lah snap-snap gambar Lan yang giler glemer tu. Hahahaha. Die siap cakap kat aku suruh ambik gambar die lah, gambar jam die lah. Hahahaha. Tah ape-ape jer Lan ni tau.






Aku ni kalau duduk semeja ngan Lan ni, memang lah tak kering gusi tau. Asyik nak gelak je keje nye tau. Lepas dah habis makan, aku hantar Lan ngan Ain, then aku gi ambik adik aku kat Plaza Alam Sentral pulak. Pastu, terus balik rumah. Penat yang amat aku rasa hari ni. Bukan penat ape pun. Penat makan ngan penat gelak.

No comments: