Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 25, 2008

Iftar Hari ke 24

Semalam, aku MC sebab bangun pagi je dah rasa tekak aku perit semacam plus demam. Sekali, aku saje je lah check tekak aku ni. Rupa-rupanya tonsil maaaa. Waaaa, sangat tidak suka tau.

Bile dah MC ni tau-tau je lah kan, dok rumah boleh layan cerita Di Atas Sajadah Cinta. Memula, aku nak gi klinik pukul 10 pagi. So, mintak lah Syida temankan. Aku memang lupa habis lah ade cerita Di Atas Sajadah Cinta tu kan. Sekali, Syida lak kate nak layan cerita tu kejap. So, aku nak tanak kena lah layan kan jugak sebab nak mintak die teman. Lepas habis cerita tu terus pegi PMC. Jumpa doktor nye sekejap je. Dapat lah MC satu hari. Lepas jumpa doktor, kitorang pegi pulak ke The Store sebab aku ade appointment pulak dengan Dr Sharifah pukul 2 petang. So, to kill the time, aku ngan Syida saje je lah melilau dalam The Store tu tengok dan try ape-ape yang patut. Hajat di hati nak lah cari tudung. Tapi, cam tak lawa lah pulak. Kat SACC Mall jugak yang lawa.

Bile jam dah pukul 1.30 petang, terus aku keluar sebab nak gi Klinik Dr Sharifah pulak. Semalam keje aku ni dok jumpa Dr. je lah. Hahahaha. Lama jugak lah dok kat Klinik Dr. Sharifah. Lepas die check ape-ape yang patut, duduk pulak borak-borak ngan die. Appointment nye sekejap je. Borak nye yang lebih. Dekat pukul 3.30 petang jugak lah baru kitorang beransur. Nasib baik semalam tak ramai pesakit.

Then terus menghala ke Jejantas sebab nak solat Zuhur. Alang-alang dah solat Zuhur, terus tunggu sampai Solat Asar sekali. Dalam pukul 4.30 petang terus gerak pegi Sunway Pyramid sebab dah janji nak jumpa Ain kat situ. Nak bukak puasa same-same. Nor tak join kitorang bukak puasa sebab die bukak puasa ngan kawan-kawan die. Dah sampai tu, masuk Jusco kejap gi beli something. Lepas tu, pegi lah ke Manhattan nak booking tempat. sekali, diorang kate tak payah booking sebab memang akan ade tempat punya. So, ok lah. kitorang pun terus jalan-jalan lagi. Aku masuk Nichi Fashion. Aku berkenan ngan satu wedges ni. Tapi, malangnye, tak der saiz lah pulak. Kecewa je rasa tau. Skrg ni aku tengah giler Wedges lah. Aku rasa selesa je pakai wedges.

Lepas tu, masuk pulak Padini Concept Store. Ain beli baju untuk Someone. Hehehehe. Syida pulak beli wedges kat Vincci. Aku jugak lah yang tak beli ape-ape. Padahal tangan ni gatal je nak keluar kan duit. Hahahaha. Lepas tu, pegi pulak beli Beard Papa. teringin pulak nak makan Cream Puff. Then, baru gi Manhattan Fish Market. Tengok cam tak der orang lagi. Masa tu dah pukul 6 lebih. Kira ok lah tu kan. Kitorang order Manhattan Seafood Platter for two dengan Fried Country Mushroom je. Itu pun tak habis siap bungkus bagai. Hahahaha. Air pulak aku order Sweet Alabama Smoothies. Sedap sangat. Syida order Mango Juice. Kelakar je Syida tau. Masa Mango juice die sampai, die siap cakap ape tau. Aku ingatkan Mango Juice ni dalam gelas yang cam smoothies ni. Rupa-rupanya dalam cawan plastik jerk. Hahahaha. Kecewa jer Syida.



Lepas makan, kitorang masuk Jusco sebab nak solat. Then, melilau lagi cari baju. Aku cari jugak baju. Tapi nye, tak der pulak saiz aku. Huhuhuhu. Ape lah nasib aku hari ni. Cari kasut tak der saiz. Cari baju pun tak der saiz. Memang hampeh betul lah. Tak suka tau. Lepas tu, terus pegi J.Co pulak sebab nak beli donut. Lepas tu, terus hantar Ain balik Shah Alam. Then, kitorang terus hala ke PJ sebab dah janji ngan Abang Azzam nak lepak kat William. Aku cakap kat Abang Azzam yang aku nak minum jer. Hahahaha. Siap cakap sila lah percaya yang aku nak minum jer. sekali, bile dah sampai William, tak tahan woooo, terus order mee raja ayam ngan ribena longan. Tak boleh percaya punya olang. Kak Ya makan spagetti meatballs, Yaya pulak makan mee hoon gorang tak der sayur. Masa kat William tu kan, ade lah sorang mamat ni tanya kat tokei William tu ape yang special? Sekali, William leh jawab camni haaaa. Semua pun special. Kalau tak special tak der jual. Hahahahaha. Padan muka kena sebijik ngan William. Tapi, memang best lah makan kat William. Walaupun kedai nye cam nak roboh je keadaan nye. Tapi, makanan die superb. William ni Cina masuk Islam tau. So, korang jangan lah ragu-ragu yer nak gi makan kat kedai die.

Lepas makan terus balik rumah. sampai rumah terus mandi-mandi and lepak online internet jap. dekat pukul 1 pagi baru tido.

No comments: