Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 28, 2008

Kelantan Day 1

Semalam we all bertolak balik KB pukul 5 petang after solat asar. Then, berenti bukak puasa kat Raub. Lepas bukak puasa, teruskan perjalanan lagi sampai lah ke Gua Musang. Abah bawak kereta dari KL sampai ke Gua Musang. Sesampai nye kat Gua Musang, aku pulak yang drive sebab abah tinggal kat Gua Musang sebab abah ade keje nak check track dari Gua Musang ke Kuala Krai. Esok nye aku kena ambik abah kat Kuala Krai. Masa sampai kat Gua Musang tu ade lah sejam jugak berenti makan colek ngan minum-minum. Dalam pukul 11 lebih terus gerak terus ke KB. Aku sorang je bawak. Dah lah tak der co-pilot. Redah aje lah bawak sorang-sorang. Kesudahan nye sampai KB pukul 2.30 pagi. Sesampai nye kat rumah atok, atok tak tido lagi. Paksu pun tak tido lagi. So, sesampai nye kat rumah Atok, memang tak tido lah sampai ke sahur. Just lelap kejap je dalam pukul 4.30 pagi then bangun pukul 5 pagi untuk sahur. Lepas sahur, terus solat subuh. Lepas solat subuh, terus tido sampai ke pukul 2.30 petang. Memang balas dendam betul lah tido.

Bangun pun sebab mak kejut bangun. Kalau mak tak kejut agak nye memang tido lagi kot. Mak kejut pun sebab mak kate abah dah call suruh ambik kat Kuala Krai pukul 3 petang. Boleh tak dah lah abah suruh ambik pukul 3 petang, tapi, pukul 2.30 petang aku ni baru lah nak bangun. End up dekat pukul 3 petang baru aku gerak dari rumah Atok. Dah lah skrg ni kalau keluar je Bandar KB memang lah jem gilerrrr. Tak tahan aku weh.



Masa on the way ke Kuala Krai tu abah call bagitau abah sampai lambat sikit kerana ade lah sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. So, mak ajak pegi rumah mak angkat mak. Nasib baik mak ingat jalan nak ke rumah mak angkat mak tu. Bukan ape, mak kan jenis mane lah nak ingat-ingat jalan ni kan. Mak angkat mak aku ni tak sihat dah. Masa we all sampai tu, dok borak-borak kejap, then abah call pulak cakap abah dah sampai kat Stesen Keretapi Kuala Krai. So, terus pegi ambik abah kat sane. Then, terus pegi beli Nasi Kerabu sebab aku dah teringin nak makan nasi kerabu. Aku tatau lah camane aku leh teringin nak makan nasi kerabu. Tak pernah-pernah aku teringin nak makan nasi kerabu. Tetiba je hari ni teringin lak nak makan. So, abah ajak beli nasi kerabu kat Kak Norma. Die jual nasi kerabu sedap kat Pasar Ramadhan kat Kuala Krai. Abah ajak pegi makan kat rumah We. Tapi, sad to say lah Kak Norma tak jual hari ni. So, terpaksa lah beli kat orang lain. Ramai giler betul orang beli kat kakak tu. Kitorang order 10 bungkus, dekat setengah jam kakak tu membungkus. Tension kejap aku.

Lepas dah beli nasi kerabu, terus pegi rumah We. We ni kawan mak ngan abah masa abah keje kat Kuala Krai masa aku kecik-kecik dulu. Lepas dah beli nasi kerabu, terus gerak gi rumah We. Tak lama lepas tu, dua kereta sampai dari KL. Abang-abang aku lah tu baru sampai Kuala Krai dari KL. Diorang bertolak hari ni. So, meriah lah rumah We bukak puasa hari ni. Azfar suka benar dapat makan nasi kerabu. Bukan main lagi mamat kecik ni tau.




Lepas makan-makan and borak-borak, terus gerak balik KB. Before balik rumah atok, hantar mak ngan abah pegi Renaissance dulu sebab malam ni abah tido kat Renaissance. Lepas dah drop abah, terus balik rumah atok. On the way balik rumah atok, mak call ajak tido kat Renai. Tapi, tu lah kan, kena balik rumah kemas baju dulu.

Dah sampai rumah atok, borak-borak kejap, terus gerak gi Renai. Anak-anak dara mak ngan abah je lah yang tido kat Renai. Before that, gi beli nasi goreng dulu kat Sri Cemerlang sebab masa sahur nanti untuk 2 orang je. Lepas beli makanan, terus gerak ke Renai. Besar jugak lah bilik yang abah booking tu. Ade 2 super single bed and extra bed. Extra bed tu they all tak charge pun. So, best lah malam ni tido hotel. Aku ni kan cam bebudak jerk sebab suka tido kat hotel. Hahahaha.



There goes my first day in KB. To be continued......

No comments: