Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 29, 2008

Kelantan Day 2


Hari ni bangun sahur makan nasi goreng sejuk. Hahaha. Mak ngan abah turun makan buffet kat bawah. Ingatkan nak makan before tidur. Tapi, kenyang sangat perut ni haaaa. Tak per lah, bangun sahur makan nasi sejuk pun tak kisah lah. Nasi goreng yang we all beli malam tadi, memang sedap. Nasib baik sedap dan murah pulak tu. Aku beli nasi goreng USA, harga die RM4.50. Kalau kat KL memang tak dapat lah harga RM4.50 tu. Kalau nasi goreng kampung lagi murah. RM3 sajer. Murah kan? Lepas kitorang makan, rehat and baring-baring jap before tunggu azan subuh. Lepas dah solat subuh, terus tarik selimut balik dan tido. Pukul 8.30 pagi mak dah kejut dah suruh bangun sebab nak hantar abah gi Kuala Krai balik sebab abah nak check track dari Kuala Krai ke Tumpat pulak.

Aku pegi Kuala Krai hantar abah ngan mak je. Siti ngan Syida dok tido lagi masa kitorang turun. Hampeh betul lah minah-minah ni. Geram je aku rasa tau. Lepas hantar abah kat Kuala Krai, terus patah balik KB and ambik budak berdua tu kat Renaissance. Lepas tu, terus balik rumah atok pulak sebab dah janji nak pegi Pengkalan Kubur ngan adik beradik aku semua. Dah memang kebetulan nak ambik abah kat Tumpat petang ni kan. Alang-alang dah sampai Tumpat tu, terus lah ambik peluang yang ade ni, singgah kejap kat Pengkalan Kubur. Masa baru je nak gerak ke Tumpat, abah sms suruh ambik pukul 3 petang kat Stesen Tumpat. So, before pegi Pengkalan Kubur, terus hala ke Stesen Tumpat dulu ambik abah. Yaya excited bile bagitau atok naik keretapi. Tapi, die tak panggil keretapi. Die panggil Choo Choo Train. Hahahaha. Mane choo choo train atok ni? Lambat lah Choo Choo Train atok ni ibu. Hahahaha.



Lepas abah dah sampai, terus we all hala ke Pengkalan Kubur. Mak beli kasut Scholl untuk atok, set sudu. Aku tak beli ape-ape. Kak Ya beli set minum petang. Memang murah-murah lah barang kat situ. Tak lama pun dok kat situ. Dalam sejam lebih je. Lepas tu, terus gerak gi Tesco pulak sebab nak beli bahan-bahan nak masak untuk pagi raya. Selalu nye pagi raya kitorang makan nasi kuning. Tapi, Mak Long aku volunteer nak masak lontong. Kitorang pun on aje lah kan. Cuma nye atok aku tambah roti jala je lah. Sesampai kat Tesco tu kan, Kak Ya buat muka terkejut tau and datang kat aku sambil jegil-jegil kan mata die. Die siap surprise lah nak bagitau yang ade J.Co Donuts kat Tesco KB. Hahahahah. Masa ni kitorang dah pakat gelakkan die secara berjemaah dah. Yang die tengok tu, bukan nye J.Co Donuts. Tapi, Big Apple Donuts. Hahahahaha. Kan dah kena gelak.

Lepas dah beli semua barang-barang, we all masuk pulak kedai baju budak sebab mak nak beli baju kurung untuk anak Paksu Aisy. Nasib baik jumpa. Lepas tu, turun gi Big Apple pulak sebab Siti teringin nak makan Donuts. Aku kalau di beri pilihan antara J.Co ngan Big Apple, aku pilih J.Co. Tapi, kalau J.Co tak der, Big Apple pun boleh jugak. Memula ingat nak bukak puasa kat situ je. Sekali, fikiran berubah, terus gi cari tempat kat Food Court. Aku makan Claypot Chicken Rice je.



Lepas tu, terus balik rumah atok. Lepak-lepak kejap. Then, Abang Azzam ajak pegi Wakaf Che Yeh. So, pegi lah kitorang bertujuh. Pinjam kereta Abah sebab boleh sumbat semua dalam satu kereta. Tak payah bawak 2 kereta kan. Masa on the way nak ke Wakaf Che Yeh tu, jalan dah memang jem giler. Tapi, kitorang redah jerk. Cousins aku suka lah sebab bukan depa yang drive. Aku yang drive. Nasib baik auto. Kalau manual masak lah. Kitorang cari parking memang tak dapat. Kitorang dah pusing satu round, baru lah ade parking. Alhamdulillah. Aku tak beli ape-ape pun. Just nak jalan-jalan je pun. At last, kitorang beli satay ikan ngan kacang rebus jer. Kak Ya pulak beli tudung siap dapat tudung free lagi. Hahahah. Then, we all gerak balik. Before balik rumah atok, singgah mamak jap pekena teh tarik. Then, baru balik rumah and tido.

No comments: