Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 06, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim


Semalam, puasa hari kelima baru aku bukak puasa kat luar. Bukak puasa kat luar pun bukan bukak puasa kat kedai pun. Tapi, bukak puasa kat Pusat Islam, U*TM sebab ade majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Law Society. Budak-budak Law Soc ajak kitorang staff admin bukak puasa sekali. So, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari kan.

Balik keje tu, aku ngan Ain lepak dulu kat ofis sampai lah pukul 6 petang. Then, lepas tu baru lah gerak ke Pusat Islam. Sesampai nye kitorang ke sane, kitorang gi lah tinjau-tinjau dalam dewan muktamar ape aktiviti bebudak Law Soc ngan anak-anak yatim ni. Rupa-rupanya ade ice breaking session. Lepas dah ambik gambar serba sikit, aku ngan Ain gi lepak kat luar pulak sambil dok tunggu Azizi, Hafizul ngan Dayah sampai. Memula Azizi ngan Hafizul sampai dulu. Lepas dah puas snap-snap pic, masuk lepak kat dalam khemah pulak sebab masa tu hujan dah mula nak turun.







Tak lama lepas tu, Dayah pulak sampai. So, borak-borak lah dulu sementara nak tunggu bukak puasa. Bukak puasa makan kurma, makan kuih cara ngan minum air je dulu. Then, solat maghrib. Lepas solat maghrib baru lah makan makanan yang berat sikit. Menu kali ni nasi beriyani. Sedap. Kitorang dok satu meja ngan AJK Law Soc. Masa Dayah dok cedok-cedok nasi untuk kitorang kan, bile dah habis cedok untuk kitorang, terus Dayah cakap kat bebudak Law Soc, korang cedok sendiri lah eh nasi tu. Hahahaha. Dayah, Dayah. Lawak jer tau Dayah ni.

Lepas makan, solat Isyak ngan Terawih. Lepas solat Terawih, ade moreh pulak. Moreh diorang hidang karipap ngan bubur kacang. Then, kitorang ambik-ambik gambar lagi.



Gambar ni khas untuk Cik Maz kat Aussie and Ikmal kat UK. Tatap lah yer puas-puas gambar Encik Nazim ni. Hahahahaha.




Lepas tu, terus aku balik rumah. Sampai rumah bukan nye tido terus. Aku tengok DVD dulu. Then baru tido.

No comments: