Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 21, 2008

Penat

Semalam pepagi buta mak aku dah kejut aku sebab mak nak ajak aku balik Muar sebab nak gi hantar baju raya tok de. Sesambil tu gi hantar Umar balik Melaka sekali. Mak kate abah dah tak larat nak bawak jauh-jauh sorang. we all bertolak dari Sungai Buloh pukul 9 lebih. Singgah rumah Mak Long dulu gi ambik baju raya Tokde. The, straight ke Melaka. Masa ni aku bawak. Sampai je Melaka je aku surrender. Mengantuk giler rasa.

Then, abah pulak bawak sampai ke Muar. Sampai Muar, dok borak-borak ngan Tokde kejap. Kejap tak kejap lah ade lah dalam sejam jugak. Then, mintak diri nak balik sebab tanak sampai KL lewat sangat. Yer lah kan, esok nak keje lagi. Masa on the way balik KL, mak suruh abah berenti Nilai 3 jap sebab mak nak pegi KK Home Deco Mart. Mak nak beli set cawan Vintage. Mak aku gedik ok nak set Vintage saje. Habis sampai mug pun mak beli Vintage. Hahahaha. Kesudahannya, mak beli mug satu dozen ngan set cawan tu satu dozen. Dan harga nye pulak murah giler.

Comel nye. Geram sangat rasa nak beli semua

Mug yang aku pilih dan abah aku bayar. Murah jer. 3 RM10

Bekas ni mak aku berkenan tapi aku tak berkenan sebab tutup die warna emas. Kalau tutup die warna silver memang dah beli dah

Cantik kan?

Ni set cawan yang mak aku beli.

Lepas je dah beli barang yang di kehendaki, terus balik Sungai Buloh. Dok lepak kejap, terus siap-siap nak gi berbuka kat rumah Mak long kat Puncak Alam. Penat giler hari ni. Lepas berbuka, terus balik rumah dan tido.

No comments: