Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 18, 2008

Jamuan Raya UiTM

Semalam masa rehat, Kak Ika ajak pegi rumah kawan die Dtin Habibah. Die buat open house. Kelas Kak Ika kawan ngan datin-datin tau. Hahahahaa. Macam-macam makanan ade tau. Ikan bakar, laksa penang, satay, mee hoon sup, roti jala, kambing bakar dan macam-macam lagi lah. Tak larat nak makan semua. Makan ape yang termampu jer. Kawan Kak Ika ni buat open house siap pasang sampai 7 khemah. Giler betul lah. Itu baru open house. Kalau buat kenduri kawin anak die berape khemah lah agak nye kan. Hahahaha. Gambar satu pun tak ambik sebab den segan lah nak buat perangai pelik kat majlis orang. Hahahaha.

Lepas makan-makan, terus balik ofis sebab nak rehat-rehat jap before pegi majlis jamuan raya tu. Dah pukul 2.30 petang baru gerak pegi padang kawad. Terus cari gerai FUU. Alhamdulillah, makanan dah sampai. We all tolong-tolong kakak tu letak ape-ape yang patut dalam mangkuk. Fakulti we all buat soto. Sedap tahap gaban okeh soto die. Tapi, pedas nak mampus. Lepas dah habis buat keje, kena tunggu lagi sampai Dato' VC sampai baru leh serbu gerai-gerai yang lain untuk ambik makanan. Banyak gerai yang siap bungkus dalam polisterin So, angkut bawak balik semua makanan yang berbungkus. Banyak jugak lah makanan yang ade. Ade sup ekor, nasi dagang, laksam, satay, kuih muih, soto, pecal, mee hoon goreng, rojak, ketupat palas, rendang, lemang dan macam-macam lagi lah. Aku tak makan sangat pun. Seronok aku borak-borak ade lah. Best lah jumpa member-member induksi semua kan.




Gambar kat bawah ni Lan sibuk betul nak ambik gambar ngan orang sarawak ni. Hahahaha. Sibuk lah nak ambik gambar ngan diorang ni. Aku pun ikut je lah. Ain punya ayat lagi best. Lan, aku geli lah ngan diorang ni pakai seksi sangat. Hahahaha. Aku ingat seksi tak pakai baju. Sekali, diorang pakai baju daaaa kat dalam.

Overall, syok lah jamuan raya kali ni berbanding tahun lepas. Tahun lepas cam hampeh jer sebab hujan siap lecak-lecak semua.

No comments: