Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 01, 2008

Kelantan Day 4 - Raya Pertama

Hari ni bangun awal. Yaya pun bangun awal. Macam tau-tau je hari ni hari raya. Tapi, memang die tau pun hari ni hari raya. Hehehehe. Dalam pukul 6.30 pagi we all dah siap dah. Pukul 7 pagi dah siap-siap pegi rumah atok dah. Sampai rumah atok, tolong Abang Zul masukkan kuih dalam balang kuih. Menu pagi raya tak sempat nak ambik lah. Lepas dah letak kuih raya, terus makan. Saje makan awal sebab nanti dah ramai-ramai berebut-rebut pulak. Lepas semua dah pakat-pakat makan, sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan pulak. We all memang akan bersalam dengan family before pegi solat hari raya sebab nanti kalau dah pegi sembahyang raya, salam ngan orang-orang kampung dulu tak syok lah. We all nak salam mak ngan abah dulu before salam ngan orang lain kan. Lepas salam-salam ngan famly semua, terus pegi solat raya pulak. Dekat je pun surau yang we all gi solat raya. Depan rumah atok je pun.

Lepas solat raya, terus balik rumah. Dan bermula lah pulak sesi bergambar ngan family semua. Ini memang aktiviti wajib kalau tiap-tiap kali raya.






Lepas sesi bergambar dan pembahagian duit raya pada budak-budak kecik dan orang tua, we all terus lah nak turun nak gi beraya pegi rumah Tok Ngah pulak. Bebetul masa we all baru je keluar rumah, Maksu satu family datang jumpa atok aku. Penuh giler rumah atok yang sedia penuh tu. So, tak jadi nak gi rumah Tok Ngah sebab kena sediakan makanan. Lepas dah sediakan makanan, baru gerak pegi rumah Tok Ngah.


Kitorang jalan je pegi rumah Tok Ngah. Tak jauh pun. Satu kilometer pun tak sampai. Rumah Tok Ngah punya menu memang tiap-tiap tahun akan ade satay. So, kitorang kalau nak makan satay memang akan pegi rumah Tok Ngah. Azfar suka betul makan kuih raya. Pantang je nampak balang kuih raya. Nak bukak tak reti. Mulut mula lah bising suruh orang bukak kan. Si Adam pulak siap terpecahkan balang kuih raya Tok Ngah. Tu lah gelojoh sangat gamak nye. Kan dah pecah bekas kuih raya tu.


Lepas dah makan-makan kat rumah Tok Ngah, we all mintak diri nak balik sebab family Maksu pulak sampai. Tak leh dok ramai-ramai satu masa. Tak der tempat nak duduk nanti. Family Maksu je dah 5 kereta. Tak campur lagi ngan family kitorang ni haaaa. Lepas tu, terus pegi rumah Wok Rashid. Wok Rashid punya isteri ni kawan atok aku satu kampung ni.

Kejap je we all dok rumah Wok Rashid ni. Lepas tu, we all terus pegi rumah Mok Nab pulak. Mok Nab ni kawan mak aku. Aku suka pegi rumah Mok Nab ni sebab segala jenis kerepek ngan kacang ade kat rumah die. Kuih raya pun ade jugak tapi sejenis dua je lah. Sekali lagi Si Azfar ni excited nye lah nak makan segala jenis kerepek tu. Masa on the way nak gi rumah Mok Nab, terjumpa lah satu pokok pisang ni. Punya lah jakunnye orang bandar ni siap ambik gambar lagi ngan pokok pisang yang baru berbuah tu. Hahahaha. Lawak lawak.


Lepas jalan kat rumah Mok Nab, terus balik rumah sewa tu dan masing-masing terbongkang tido sebab dah tak larat sangat-sangat. Lepas asar baru masing-masing bangun. Gile penat lah masing-masing sebab banyak sangat makan. Hahahaha. Lepas asar semua pakat siap-siap balik sebab nak pegi rumah Auntie Leha. Before pegi beraya rumah Auntie Leha, Abah panggil aku. Ingatkan kenape lah abah panggil. Rupa-rupanya abah nak bagi duit raya. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi duit raya dari abah. Murah rezeki abah. Hehehehe. Auntie Leha ni jiran we all masa dok kat Kuala Krai dulu. Memang every year raya memang akan pegi rumah die.

Lepas maghrib, baru lah we all mintak diri nak balik. Then, terus hala ke Kubang Kerian pulak sebab nak pegi rumah kawan aku, Li. Nak kate kawan ke camane eh. Tatau nak cakap. Li ni kawan adik angkat aku. Aku kenal Li ni before die jadi artis lagi. Li ni ahli kumpulan nasyid UNIC.

Bebaru ni die kawin before puasa aku tak dapat pegi. Tu yang kebetulan die balik beraya kat Kelantan, aku ambik peluang lah nak jumpa die ngan wife die. Wife die ni asalnye peminat die. Aku tak perasan lah pulak wife die ni. Li kate, wife die ni pernah pegi program sekali ngan aku masa Program Sahabathijjaz masa kat Segamat dulu. Mane lah aku nak perasan kan. Peserta dah lah ramai giler. Die perasan lah aku sebab aku kan fasilitator masa tu. Lepas balik dari rumah Li, singgah rumah kawan mak masa sekolah dulu. Then, terus balik rumah. Penat wehhhh.

No comments: