Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 08, 2008

Mati Di Cekik Teman Lelaki

SUNGAI BULOH: Tragis! Seorang wanita yang akan bertunang hari ini sempena hari lahirnya ke-26 dicekik hingga mati oleh teman lelakinya dipercayai akibat cemburu, semalam.

Mulanya, Nurul Hazira Baharom, 26, pergi ke rumah sewa teman lelakinya itu di Batu 19, Kampung Gombak, Kuang, untuk memberitahu dia akan bertunang dengan pilihan keluarganya.

Ini menyebabkan lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai jurujual itu tidak dapat menerima hakikat lalu bertindak di luar batasan.

Wanita itu dicekik hingga mati di atas tilam dalam sebuah bilik.

Selepas melihat mangsa mati, lelaki terbabit gagal mengawal perasaan sebelum meminum racun rumpai dalam kejadian jam 11 pagi.

Bagaimanapun, dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, lelaki itu sempat keluar dari rumahnya untuk meminta pertolongan jiran.

Dia mendakwa kononnya wanita itu turut meminum racun serta memaksanya melakukan perkara sama.

Seorang jiran yang enggan dikenali berusia 30-an, berkata lelaki itu datang ke rumahnya dalam keadaan kesakitan sambil meminta pertolongan.

“Saya bergegas ke rumah lelaki itu sebelum terkejut mendapati wanita terbabit terbaring di atas tilam. Saya segera menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata wanita berkenaan yang tidak bernyawa ditemui terbaring di sebuah bilik.

Katanya, lelaki terbabit turut berada berhampiran wanita itu, tetapi dalam keadaan tidak bermaya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebotol racun rumpai ditemui berhampiran mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu cuba membunuh diri dengan meminum racun selepas mencekik mangsa sehingga mati,” katanya ketika dihubungi.

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan pergelutan dan pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham.

“Polis yakin kes pembunuhan terbabit selesai dengan penahanan suspek walaupun dia kini mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Keterangan daripadanya belum diambil kerana suspek belum sedarkan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.



Al-fatihah buat Allahyarhamah Nurul Hazira Bahrom. Terkejut ok aku pagi tadi member aku Qatadah call bagitau member sekolah aku ni mati kena cekik dengan ex bf die. Actually, arwah ni bukan lah satu kelas ngan aku. Tapi, die berkawan baik dengan member satu kelas dengan aku. Tu yang aku kenal tu. Qatadah bagitau berita pasal arwah ade masuk kat berita TV3 malam tadi.

Bile sampai ofis je, bukak TV3 online, tak der pulak. So, aku cam abaikan je lah sebab malas nak cari dah. Sekali, member aku bagitau dalam Metro ade masuk berita pasal arwah. Aku pun cepat-cepat lah bukak. Then, Iera lak buzz aku, die bagitau dalam TV3 online lepas berita sukan ade. aku pun sepantas kilat lah tengok. Sekali, memang ade pasal berita tu. Sadis betul aku tengok tau. Huhuhuhu. Takut pun ade. Macam-macam perangai manusia zaman skrg ni. Nauzubillah.

No comments: