Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 12, 2008

Open House Lagi

Hari ni ade dua jemputan open house. elok-elok je aku nak keluar lepas solat zuhur, datang sedara mara aku 5 buah kereta. So, tak jadi keluar. Serve diorang minum and makan semua baru lah aku boleh keluar. Lepas tu, cam biase, fetch Ain ngan Azizi. Azizi skrg ni patah kaki lah die sebab kereta die masuk bengkel. Masa on the way nak ambik Azizi, Kak Ika call Ain bagitau die punya kereta tak leh berenti sebab ade masalah ngan bateri. Die dah sampai kat tempat yang kitorang nak berkumpul untuk pegi rumah Didie. Tapi, die kena patah balik rumah die sebab die takut nak bawak kereta die tu. So, die suruh kitorang gi rumah die ambik die ngan anak-anak die. Maksud nye, die suruh dayah lah ambik. Tapi nye, konvoi ngan aku. So, ok lah kan masing-masing dah setuju.

Tapi, masa dah jumpa Dayah tu, Kak Ika call bagitau kereta die dah rosak dan die and anak-anak die dah tersadai tepi jalan. So, kitorang ni sebagai kawan yang baik, tak boleh lah dengar kawan-kawan yang dalam kesusahan ni kan. So, before pegi open house, pegi dulu jenguk Kak Ika tengok-tengok ape-ape yang patutkan. Actually, kedatangan kitorang ni tak der lah membantu sangat pun kan. Tapi, di sebabkan masa tu kereta kak ika rosak dan die pulak sorang ngan anak-anak pulak tiga orang kecik-kecik lagi kan. Tu yang kitorang pegi jugak. Rasa tak tenteram pulak nak makan kalau tak gi tengok Kak Ika. Sementara pakcik Kak Ika tengok-tengok ape yang rosak kat kereta tu, kitorang sempat lagi berposing. Memang giler kamera lah masing-masing.





Lepas dah lepak-lepak sementara tunggu kereta kak ika boleh gerak, kitorang pun terus gi rumah Didie. perut masing-masing dah berkeroncong dah ni. Hahaha. Lapar beb. Jumpa Marina kat rumah Didie. Comel nye lah anak Marina, Haikal. tembam sangat. Tak larat nak dukung Haikal. Macam-macam makanan ade kat rumah Didie. Kenyang perutku. Tapi, tak makan banyak sangat sebab ade lagi satu rumah nak pegi.


Lepas tu, terus pegi rumah Hussain pulak. Kat rumah Hussain meriah giler sebab ade Lan. seperti biase lah kan mamat tu. Buat lawak tak habis-habis. Gelak pecah perut aku ni haaaa.

No comments: