Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 11, 2008

open House

Pagi ni bangun pukul 10 pagi. Tu pun sebab mak ajak pegi open house rumah Ketua Kampung. Mentang-mentang lah ketua kampung tu husband kawan mak, di ajak nye kite gi open house ketua kampung kat balai raya. So, sebagai anak yang baik, aku pun bawak lah mak aku gi open house tu. Akan tetapi, bile dah sampai kat balai raya tu, terus tak jadi nak gi open house ketua kampung sebabnya ingatkan open house tu makan-makan je. Sekali, ade ucapan-ucapan semua. Tak kuaso den nak dok dengar ucapan-ucapan semua tu. So, patah balik hantar Auntie Midah kat rumah die.
Aku, mak ngan Syida terus hala ke KL. Memula ingat nak pegi klinik dulu. Tapi, aku cakap kat mak, better kite pegi Butik Munawwarah dulu. so, pegi lah kitorang kat situ. Giler lah i tell u bile tengok tudung kat butik tu. Huhuhuhu. Dekat 2 jam ok dok kat situ. At last, sempat rembat dua je. Kalau ikutkan, semua pun berkenan. tapi, tunggu lah next month pulak yer. Akan ku beli jugak yang tudung gabungan colour shocking pink ngan hitam tu. Sangat teruja lah tengok warna die. Tapi, style yang ade tak labuh. Ade yang singkat jer.

Lepas dah beli tudung, terus pegi Damansara Specialist pulak sebab nak melawat sepupu mak kena strok. Lepas tu, mak, abah ngan Syida terus hala ke KL. Aku pulak balik rumah sebab nak rehat-rehat kejap sebab petang nanti nak keluar pulak pegi open house rumah Dayah. Before balik, sempat singgah beli mee rebus ngan jambu untuk siti. Then, terus balik rumah. Sesampai nye kat rumah, lepak makan ngan siti. Pastu, tido kejap and cakap kat siti suruh kejut pukul 4 petang. Tapi, die boleh tak kejut. nasib baika ku sedar pukul 4.15 petang. tengok-tengok die pun sedap tido. Dah namanye hujan lebat kan masa tu. Tido lah sampai tak sedarkan diri.



Keluar rumah dalam pukul 4.45 petang. Terus aku rasmikan tudung munawwarah aku tau. Tak sesabo. Terus gi ambik Ain kat rumah die. Then, ambik Azizi kat sek 20 pastu, terus gi rumah Dayah. Nasib baik Lan ade kat rumah Dayah. Syok lah sikit mamat tu ade. Die jugak lah yang bikin havoc kat rumah Dayah. Kalau Lan tak der, boring yang amat.





Lepas maghrib, terus mintak diri nak balik. Aku hantar bebudak yang tumpang aku balik rumah diorang. Aku pun terus hala ke rumah Abang aku pulak. Die pun buat open house hari ni. Saje je kitorang gi lewat sebab nanti leh lepak sampai tengah malam sambil layan cerekarama. Hahahaha.

No comments: