Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 27, 2008

Open House

Alhamdulillah, semua nye berjalan dengan lancar. Alhamdulillah jugak tetamu yang aku jemput hampir semua lah yang datang walaupun tak semua yang datang. Alhamdulillah jugak sebab makanan memang tak der lebih banyak sangat. Sedang elok je pun semua. Thanks pada all my friends yang sudi mencemar duli datang ke open house aku. Aku appreciate sangat-sangat. Aku tatau nak update ape sebenarnya. Korang enjoy tengok photo je lah eh.

Rambutan ni rambutan dari pokok kat belakang rumah aku ni haaaa. Mak aku upah orang suruh kaitkan sebab tak der orang yang available kat rumah nak kaitkan. So, jalan senang, upah je orang tolong kaitkan. Ingatkan sikit je lah kan dapat. Sekali, dapat dalam 2 plastik beg hitam tu. Alhamdulillah, rezeki tetamu lah kan dapat merasa buah rambutan. Malam sebelum open house kitorang lepak bawah khemah dok leraikan buah rambutan ni dari tangkai and susun masuk bakul cantik-cantik. Bakul pun tak beli sebab banyak giler bakul kat rumah aku yang abah dapat hamper. So, guna bakul tu je lah. Aku siap cakap kat adik aku, alhamdulillah ade buah rambutan. Tak der lah kite susah-susah nak kena potong buah tembikai ke kan. Hahahaha. Gile keji punya ayat.

Lepas dah leraikan buah rambutan dari tangkai, Syida ngan Yaya tolong masukkan kuih raya dalam balang. Ade yang balang tu dah sedia ade sebab dapat hamper kuih raya kan. Kitorang hidang kat atas meja je kuih-kuih raya ni. Kalau tak hidangkan kuih raya ni, memang tak habis lah jawab nye. Nanti, kesudahannye, buang sesaje je. Kan membazir tu. Tak baik membazir, membazirkan amalan syaitan. Yaya pulak satu kuih masuk balang, satu masuk mulut die. Hahaha. Ape daaaaa. Sementara tu, Abang Azzam kemas-kemas dapur ape yang patut. Mamat tu kan mane lah boleh tengok dapur bersepah-sepah ni kan. Dok cuci peti lah ape lah. Aku pulak dok tolong kupas bawang. Then, sesambil tu tolong mak buat puding castard and coklat. Aku tak buat. Aku just tolong-tolong jer. Lepas tu, aku terus ambik port depan tv sambil dok hiris cendawan untuk buat makaroni bakar esok nye. Kena buat malam ni jugak sebab takut tak sempat nak hiris esoknye. Lepas habis hiris cendawan yang sebanyak 10 tin tu, terus aku masuk tido. Masa tu pun dah pukul 1 lebih. Esok pepagi buta nak bangun nak masak lagi kan.

Masa mula-mula nak decide buat makaroni bakar ni, aku siap cakap kat abah kalau nak buat makaroni bakar ni cos tinggi. Bahan-bahan nak buat makaroni bakar ni mahal. Abah kate tak payah fikir pasal cos sebab abah willing to keluarkan cos nye. Tinggal aku je setuju ke tak untuk buat. Aku asal makaroni bakar, aku memang setuju je buat sebab senang dan makaroni bakar ni aku enjoy sangat buat. So, tak der lah terbit rasa susah ke ape kan. Bangun pagi dalam pukul 6, aku terus melompat dari katil terus gi dapur sebab aku nak keluar kan ayam cincang. Ape daaaa, hahahaha. Last-last, aku defrost je dalam microwave. Senang keje aku. Selalunya, aku buat makaroni ni dua bungkus je paling banyak pun sekali buat. Tapi, kali ni, i managed to baked 8 bungkus makaroni ok. Lenguh-lenguh habis tanganku. Huhuhuhu. Lepas ni sesape nak order makaroni bakar kat aku boleh lah. Hahahaha. Yakin je aku ni nak ambik order.

Nasi Beriyani siam ni mak ngan abang aku yang incharge. Hehehehe. Kalau abang aku tak der, mak aku kate mak aku tak sangup buat sorang-sorang. Nasi beriyani siam ni memang best tau. Sedap sangat. Ni memang resipi dari siam. Dah kate nenek aku kan orang siam, harus lah ade menu ni tiap-tiap kali open house. Selalunya kan nasi beriyani makan dengan kuah dalca lah ayam masak merah kan. Nasi beriyani siam ni lain dari yang lain. Die cam nasi ayam lah makan ngan sup and cili sos buatan sendiri. Tapi, ni bukan nasi ayam tau. Nasi beriyani siam ni ayam die dalam nasi. Faham tak korang? Kalau tak faham, lain kali, kalau aku buat open house, meh datang serbu rumah aku beramai-ramai eh. Huhuhuhu.


Menu masa open house hari tu ialah :

Nasi Beriyani Siam - Masak Sendiri (My Mum)

Makaroni Bakar - Masak Sendiri (Me)

Kambing Bakar - Cater

Mee Rebus - Cater

Rojak - Cater

Cendol - Cater

Air Kelapa - Ambik kat pokok depan rumah (Abah & Abang Farid)

Buah Rambutan - (Pokok kat belakang rumah)

Kuih Muih
Chocolate Cake
Carrot Cake
Puding Castard & Chocolate


The Guest


The Kiss

The Hugs

Friends and Family







Thanks pada semua yang hadir yer. Yang datang tak sempat nak ambik gambar pun ade sebab masa tu tam sempat sangat. Yang tak terlayan ke, terkurang ke ape ke kan. Aku mintak maaf banyak-banyak lah yer.

No comments: