Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Pregnancy Ticker

Friday, October 31, 2008

Resipi Makaroni Bakar

Disebabkan permintaan ramai lah jugak kan tanya camane nak buat makaroni bakar ni kan, aku pun copy paste lah balik entry lama-lama dulu cara-cara aku buat makaroni bakar ni step by step ok.

Makaroni Bakar



Bahan A




Bawang putih
ayam kisar
kiub ayam
tepung (yang sudah di campur dengan sedikit air ok)



Bahan B




Bawang merah yang sudah di tumbuk
sayur campur
cendawan butang


Lain-Lain Bahan




Telur

Cheese

Cara memasak

Bahan A





1) tumis bawang putih hingga wangi.
2) Bila bawang putih dah wangi, masukkan kiub ayam.
3) Masukkan ayam kisar tadi
4) Last sekali masukkan tepung yang sudah di campur dengan air.

Tepung ni kena guna sebab nak bagi ayam tu melekat. Bile dah siap, asingkan. Dan masak pulak Bahan B


Rupa Bahan A yang sudah di masak




Bahan B




1) Tumis bawang merah hingga wangi.
2) Bile bawang merah dah wangi, masukkan sayur campur
3) Masukkan pulak cendawan butang.
4) Lepas tu, masukkan white pepper dan garam secukup rasa.

Asingkan macam bahan A ye puan-puan.

Rupa Bahan B





Cara mencampurkan Bahan A dan Bahan B













Sebelum nak masak semua ni, kena sediakan makaroni rebus yer adik-adik dan kakak-kakak. Kalau tak der makaroni rebus maka tak jadi lah makaroni bakar kite. Huhuhuhu.

1) Masukkan bahan A yang sudah di masak tadi dan gaul rata.
2) Lepas dah gaul rata bahan A, masukkan pula bahan B dan gaul rata jugak.
3) Lepas tu, ambik 5 biji telur dan pukul.
4) Masukkan telur ke dalam adunan makaroni tadi.
5) Masukkan makaroni ke dalam bekas.
6) Tabur cheese dan masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga kekuningan.


siap untuk di makan




Sekian sahaja resipi daripada saya. eheehe. Selamat mencuba ek. Sila klik pada gambar kalau tak nampak. Ignore je lah gambar yang tak lawa tu. Ambik dari handphone je.

No comments: