Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 20, 2008

Wedding & Open House

Semalam aku ngan adik-adik aku keluar rumah dalam pukul 12 tengahari sebab nak attend kenduri kawin adik Kak Ya kat TTDI. Mak ngan abah pegi lewat sikit sebab mak ade wedding kat kampung nak kena attend. Saje je we all gi awal. Malas nak gi lewat-lewat sebab nanti dewan ngan parking penuh. Alasan kukuh betul. Lama gak lah lepak kat kenduri kawin adik Kak Ya. Kitorang tunggu sampai pengantin sampai baru we all balik.

Then, terus balik Sungai Buloh hantar Siti balik sebab minah tu bukan nak mengikut aku pegi open house rumah kawan-kawan aku. Die kan anti social. Hahahaha. Mesti minah tu hangin ngan aku sebab aku cakap die anti sosial. Tapi, memang betul pun Siti anti sosial sebab dunia die buku dan internet jer. Kalau ade dua benda ni, memang boleh lah hidup. kalau tak der dua benda ni harus die mati kutu. Masa sampai rumah, Syida masuk rumah jap. So, aku pun ambik lah gambar syok sendiri. Hahahaha. Sah tak der keje. Suka hati aku lah kan muka aku, kamera aku. Suka hati lah kan nak ambik gambar syok sendiri ke ape kan. Hahaha.
Lepas tu, terus gerak gi Shah Alam sebab nak attend open house rumah Ustaz Amin. Kali ni aku terkejut ok sebab Hisham ikut kitorang berkonvoi pegi open house. Before this, die mane lah nak ikut we all berkonvoi ni. Die dah kawin 3 tahun rasa nye. Tapi, ini lah first time aku jumpa isteri ngan anak-anak die. So, semua kawan-kawan memang terkejut lah. Ape tah mimpi hisham join kitorang. Hahahaha. Kat rumah Ustaz, aku makan mee rebus je. Padahal banyak je lagi makanan yang ade. Tapi, perut dah penuh lorrrr. Tak dapat nak masuk dah.

Lepas tu, terus we all gerak pegi rumah Kak Ika pulak kat Klang. Die buat open house jugak. Nasib baik lah we all sampai rumah Kak Ika baru hujan lebat. So, memang kena tunggu hujan reda lah baru balik. Aku, Ain ngan Syida lah orang yang terakhir balik. Siap tapau lagi. Hahahaha. Memang tiap-tiap tahun pegi open house rumah Kak Ika, memang akan tapau. Hahahaha. Tapi, seronok lah open house rumah Kak Ika, macam-macam makanan ade. Antara makanan yang ade, Soto, lontong, spagetti Tuna, Kuah kacang, nasi impit, rendang kerang, puding jagung, karamel buah and fruit cocktail. Macam-macam makanan ade. Memang harus lah try semua makanan kan. Kak Ika pulak masak sedap.

Masa kat rumah Kak Ika, Lan buat lawak tau. Kan Kak Ika ade masak spageti tuna kan, Si Lan ni ingat spageti tu makan ngan kuah. Die siap leh ambik kuah kacang. Hahahaha. Tapi, memang nampak cam kuah spageti pun kuah kacang tu. Tatau lah aku ape rasa spageti tuna tu kalau makan ngan kuah kacang. Hahahaa. Kelakar lah kau ni Lan. Tapi, memang tak leh nak salahkan lan lah jugak sebab Kak Ika letak kuah kacang ni sebelah spageti tuna. Tapi, ramai jugak yang makan spageti tuna ni ngan kuah kacang. Aku ingatkan Lan sorang je yang tertipu. Rupa nya, ramai lagi yang tertipu.

No comments: