Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, November 22, 2008

8th Convocation UNITAR

Hari ni pepagi buta dah bangun sebab hari ni nak gi PICC sebab Syida convo today. Kitorang keluar rumah seawal pukul 6 lebih lagi sebab takut jem satu hal. lagi satu, takut tak leh nak masuk dewan sebab convo UNITAR ni die buat sekali harung je. Kira nye time tu lah konvo Diploma, time tu lah konvo degree, masters and phd. Tu yang kena cepat tu. kalau lambat, alamat nye memang lah tak leh nak masuk dewan sebab orang terlampau ramai. Aku ngan Siti just drop mak, abah and Syida je kat PICC.

Then, aku terus drive Baby Blackie to Shah Alam. Siti kena invigilate student die exam lah pulak hari ni. Aku terus ambik Ain then, pegi breakfast. Lepas tu, lepak kat ofis jap sebab tatau dah aku nak gi lepak kat mane. Lepas tu, dalam pukul 10 pagi, terus pegi SACC Mall cari bunga pulak untuk Syida. Karang menangis pulak karang sebab tak der bunga kan. Nasib baik masa aku pegi tu aku first customer. So, cam banyak lagi lah bunga nye kan.


Lepas beli bunga, terus balik ke ofis semula sebab aku ni kan kalau sorang-sorang tak der makna nye lah aku nak gi melepak tak tentu hala. Hahahaha. Pastu, pukul 12 tengahari keluar ambik Siti kat Unisel sebab die dah habis invigilate. Then, terus shoot ke PICC. Masa ni convo dah habis dah tapi we decided to masuk jugak kat dalam. Ok lah convo die kan. Tempat kelas. Syida siap perli aku lagi tau. Kitorang kelas buat kat Putrajaya International Convention Centre. Bebudak UiTM buat kat mane? Dewan ape tu? Dewan Sri Budiman. Hahahaha. bengong je eh perli-perli bebudak UiTM.


Aku ngan Siti pun masuk lah PICC. Terkedu Syida kitorang bawak bunga. Masa tu muka dah sedih dah sebab tak dapat bunga. Hahahaha. Kitorang pun ape lagi, terus lah snap-snap gambar. Abah pun layan kan lah Syida nak bergambar kat mane-mane kan. After all, today is her day kan.
Lepas dah habis ambik-ambik gambar semua, terus balik. Before that, singgah makan dulu kat Maju Ahmad. Perut dah lapar giler weh. Lepas makan, terus balik rumah. Lepas solat Zuhur, terus tidur keletihan.

Bestfriend's Forever


Lepas masing-masing dah bangun, we decided untuk celebrate Syida convo kat Seoul Garden Steamboat and Barbeque kat OU. Memula memang tak der idea nak gi makan kat mane. Sekali, abah yang kate nak makan kat situ. kitorang ikut je kan. Tapi, Abang farid, Kak Ros and Azfar tak der sebab Azfar tak sihat lah pulak kan.

Lepas makan, gi beli jam untuk Syida pulak sebab die dah decide nak jam untuk birthday present die. Mula-mula die nak cash je. Tapi, at last die dah decide nak jam. So, abah belikan lah jam untuk die. Meghelip betul jam baru Syida. Pastu, sayang nak pakai siap simpan dalam kotak. Tah ape-ape jer.

Sedap nye lah tengok makanan tu. tetiba je aku jadi lapar. Huhuhuhu.



Syara good mood malam tu. Tengok lah tu, ambik gambar siap sengih memanjang. Selalu tu asyik lah masam jer. Dah sampai kat car park pakat nak ambik gambar kat Mr. Blackie pulak dah. Aku bawak Baby Blackie ni boleh tapi, sentiasa lah nak kena berhati-hati. Besar sangat lah kereta ni. Tak berani aku nak menyelit-nyelit kalau bawak kereta ni. Kalau fortuner tu aku menyelit-nyelit lagi. Kereta ni aku tak berani wooo.

No comments: