Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 18, 2008

Baby Mu'az

Hari sabtu lepas aku tak keje. Pagi, aku just dok rumah rehat-rehat and jaga Azfar. Tapi, petang dalam pukul 3 lebih dah keluar sebab Syida ade appointment ngan doktor. So, aku hangkut sekali Azfar pegi klinik. Kalau tinggal die kat rumah pun tak der orang nak jaga die. Abah die keluar. Mama die pulak ade convention kat Kuantan. So, aku lah yang kena. Nak harap kat Siti, harap maaf lah yer. Die ade banyak giler keje nak kena buat.

Masa kat klinik, Azfar dah lentok dah. Tak lama lepas tu, tido dah mamat ni. Lenguh aku weh pangku die tido. Then, masa dalam klinik, aku letak die kat atas sofa. Masa nak letak tu, die bangun daaaaa. Alahai, kejap nye lah tido. Then, aku angkat lah and dukung die. Bile aku nak letak je die, die tanak turun. Takut kat doktor agak nye. Hahahaha.

Lepas dah habis appointment ngan doktor, terus pegi rumah Kak Ina kat Kepong sebab nak gi tengok Baby Mu'az. Masa nak naik lif ke rumah Kak Ina tu takut nye lah sebab penuh orang negro naik satu lif ngan aku. Huhuhuhuhu. Masa ni aku pegang Azfar kuat-kuat sebab takut punya pasal. Tapi, alhamdulillah tak der ape-ape. Tah ape-ape jer perasaan aku masa tu.

Kak Ya ngan Abang Azzam ade kat rumah Kak Ina masa kitorang sampai tu. Memang berjanji jumpa kat sane pun. Azfar punya lah suka kat baby. Sampai nak cium berkali-kali baby tu. Tapi, kena monitor jugak lah sebab die ni ade sikit ganas lah weh. Baby Mu'az tido je sepanjang kitorang kat rumah Kak Ina. tengok lah tu, tanak bedung langsung. Tido pun terkangkang jer. Hahahaha.

Balik dari rumah Kak Ina, singgah Ikea jap gi beli karipap. Azfar sibuk lah nak berjalan. Dah lah orang ramai. So, bagi je lah jalan. Tapi, kena pegang lah. Kalau bawak stroller, memang dah letak dalam stroller dah. Tapi, stroller ade kat dalam kereta lagi satu. Tu yang bagi je die berjalan dengan harapan, malam bile penat die tido cepat. Hahahaha.

Nak dekat maghrib baru balik rumah. Dalam kereta, Azfar dah terlentok dah dalam car seat die. Sampai rumah, solat maghrib then keluar balik pegi rumah kawan mak sebab ade kelas tafsir. Azfar ni memang lah tak takut orang. Habis semua orang di cuit nye tau. Tapi, yang paling die suka kacau anak auntie Nik sebab kakak tu tengah guna laptop. Azfar ni memang pantang kalau orang pasang laptop.

Lepas kelas balik rumah layan cerekarama lak. Lepas tu, tido keletihan sebab esok nye keje pulak.

No comments: