Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 12, 2008

Congratulations Yana

Aku dah lama nak update pasal kawan aku ni haaaa. Tapi, baru hari ni aku update sebab baru dapat gambar die. Alhamdulillah Yana baru lepas bersalin 29 september lepas. Die bersalin kat Jakarta sebab die kan ikut husband die keje kat sane. Dan secara official nye aku dah ambik anak die ni jadi anak angkat aku yer. Huhuhuhu. Aku rindu sangat lah ngan minah ni. Kadang-kadang bile aku rindu tu memang lah air mata aku ni murah sangat. Senang sangat lah tumpah nye. Tak tertahan rasa nye nak tahan rindu aku ni.

Aku kawan ngan minah ni dah lama dah. Sejak dari zaman aku belajar menjahit lagi. Masa tu memang kelakar giler je rasa. Aku ni dulu berulang dari Sungai Buloh ke KL masa aku belajar menjahit tu. Then, masa aku belajar tu, mak aku kerap lah balik kampung jenguk adik-adik aku belajar kat Kelantan kan. So, aku ni jadi lah pelarian kan, dok lah menumpang rumah Mak Long aku. Masa tu, die tau aku dok berulang alik Kampung Baru ngan Gombak kan, die tanya lah Kampung Baru dok kat mane? Aku cakap lah kat rumah Mak Long aku kat Jalan Raja Muda Musa. Sekali, die kate die dok situ gak. sekali, bile bagitau nama Mak Long aku, die kenal. then, die kate rumah nenek die sebelah ngan rumah M. Shariff. Mak Long aku dok depan ngan rumah nenek die jerk. Alahai, kelakar je rasa. So, start dari situ lah kitorang berkawan.


Masa berkawan, banyak lah suka duka yang kitorang tempuh. Kadang-kadang bile dok sorang-sorang, teringat lah benda-benda yang kitorang pernah buat same-same dulu. Die lepak rumah sewa aku kat Sek 7. Tak pun aku lepak tido kat rumah mak die kat Meru. And mak die sporting giler. Kitorang balik pukul 2,3 pagi pun selamber je lagi. Kalau mak aku mampus ko kena. Hahahaha. Bile malam-malam dok kat rumah sewa aku, konon nye haus nak minum kan, so, kitorang pun redah lah pegi 7 eleven. Tapi, hampeh je. Bukan setakat pegi 7 Eleven. Tapi, terus redah jalan-jalan sampai KL. Kenangan kenangan.


Aku ingat lagi masa tu aku dah keje UiTM sekali ngan Yana lah kan. Satu hari ni die ajak aku teman die gi iron rambut kalau tak silap aku. Sekali, die telah mempengaruhi aku untuk buat rebonding ok. Tak pernah seumur hidup aku ni nak buat rebonding weh. Sekali, terpengaruh ngan Yana punya pasal terus aku buat rebonding. Itu lah sekali aku buat rebonding. Lepas tu aku tak buat dah. Skrg ni asal cakap pasal rebonding je, jauh di sudut hati aku, terus aku ingat kat Yana.

Bile aku rindu kat die je, tak lain yang aku buat mesti aku nangis. Sampai dah tatau nak buat ape dah. Rindu kenangan masa zaman muda-muda dulu. Sekarang ni sambil aku taip entry ni aku menangis jugak. Aku tak sabar lah nak tunggu bulan 1 tahun depan. Yana nak balik Malaysia bawak Rizqy. Aku nak jumpa Yana, nak peluk die kuat-kuat. Only God knows how much i miss her. I will treasure every memory between me and her.



Ahmad Rizqy Syah and his Beloved Bonda







Yana, i have always wanted to tell u that i love u so much.

No comments: