Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 20, 2008

Kenape U All Ade Blog?

Nak tanya pendapat u all sikit boleh tak? Bagi u all lah kan yang ade blog, kenape eh korang ade blog? Adakah untuk bermegah-megah dengan kehidupan? Yer lah maksud aku, cam ape yang korang beli dan ade semua nak tunjuk kat dalam blog. Bagi aku, benda ni semua tak der ape pun. Suka hati lah kan orang nak bermegah-megah ke tak ke ape kan. Suka hati depa lah kan blog depa. Asal tak ganggu blog aku sudah.

Member aku tanya, suka eh tulis blog ni? Aku jawab lah suka sebab semua aku luah kat situ. Ape aktiviti aku, memori-memori aku semua ade kat dalam blog. Bile dah tua nanti leh baca balik. Dah die kate aku ni semua nak tulis dalam blog. Cam seolah-olah tak der rahsia dah dalam hidup aku. Semua orang luar tau ape aku buat. Untuk pengetahuan semua, ape yang aku kongsi ni hanya 10% je pasal life aku. Tak der aku cerita semua lah dalam blog ni.

Salah ke aku nak cerita pasal aktiviti aku seharian? Salah ke aku nak letak gambar benda-benda yang aku beli kat dalam blog aku ni? Salah ke? Bukan tujuan untuk bermegah-megah. Tapi, kadang-kadang boleh dijadikan sebagai rujukan jugak lah. Misal kata kalau ko nak rujuk tarikh sekian-sekian korang buat ape, ape aktiviti korang, korang leh rujuk kat blog aje. Kan senang kalau ade blog.

Kadang-kadang rasa down jugak bile orang mempertikaikan kenape susah-susah nak buat blog? Tak yah lah kongsi ape-ape pun ngan orang luar. Tak der privacy lah ape lah. Tapi, bagi aku blog ni lah yang buat aku ramai kawan. Aku ni bukan ape, suka benar berkawan.

Sekian je lah luahan aku ni.

No comments: