Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 06, 2008

Review Budak Kelantan

Semalam aku, Azizi, Ain ngan Dayah pegi menonton cerita Budak Kelantan. Setelah sekian lama, cehhhh, cam lah lama sangat kan nak tengok. Dari hari jumaat je pun. Tak der lah lama mane pun kan. Kat bawah ni aku paste kan sinopsis cerita Budak Kelantan ni ok.

Sinopsis Budak Kelantan:

Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.

Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.

Kat bawah ni gambar adegan-adegan dalam cerita Budak Kelantan. Serius seriau ok aku tengok cerita ni. Huhuhuhu. Dah lah ade adegan rogol beramai-ramai and bunuh ngan pisau. Ngilu weh aku tengok. Yang si Dayah pulak boleh tutup muka die ngan bekas popcorn lagi sebab die malu masa part rogol beramai-ramai tu sebab kat sebelah die duduk ade sorang lelaki. Hahahaha. Lawak jer Dayah ni tau. Jalan cerita semua dah ok dah cuma nye part ending die je aku tak puas hati. Cara Jaha mati tu cam tak logik je tau. Ade ke jatuh motor camtu je boleh mati. Alahai, buat lah cara die mati tu tragis sikit.




Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman a.k.a Mafaka

Tadi, aku google nama pelakon utama Budak Kelantan ni, sekali, dengan website die semua keluar. Boleh tahan jugak lah mamat ni berlakon. Memang hidup giler watak yang die bawak. Aku sangat suka lakonan die ok. Tapi, sekarang die dah berisi sikit berbanding ngan dalam filem. Ye lah kan, dah nama pun filem ni terperap 3 tahun tak keluar-keluar kan. Harus lah badan berisi sikit kan. Dalam melodi ade cakap yang die dah kawin bulan 8 hari tu. Si Dayah lah paling tak tahan statement die. Alaaaaa, melepas kite. Hahahaha. Bengong aje tau.

So, kepada sesiapa yang nak tengok, pegi lah tengok eh Budak Kelantan ni. Memang best. Aku bagi 5 bintang boleh? Hahahaha. Nampak sangat orang Kelantan sejati tau. Tapi, ending die memang cam tak masuk akal lah. Ni aku bagitau awal-awal lah.

Antara tagline yang menarik dalam cerita Budak Kelantan ialah :


“Tujuh tahung aku duk sini Chek, duo tahung mulo-mulo jah aku khijo… lepah tu aku segho malah aku begheti. Tapi jual tino sedap Chek. Rezeki aku mughoh nga tino. Aku keceh pulok sene buleh. Mulo-mulo aku pakai sendiri. Lepash tu lamo-lamo aku jual.”


“Kito kalu jahat pun Li, jangan sekat oghe buat baik.” Kiro ado la jugok jiwa baik dalam hati Jaha nih.


“Aaaah, tok amerika doh la saing nga budok sejik (masjid)”


Kredit Gambar : Budiey.

No comments: