Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 03, 2008

Mee Goreng Lidi

Gigih ok pepagi buta aku dah bangun sebab nak memasak. Tapi, aku masak pun simple je lah pun. Masak mee goreng kosong tak der sayur. Hahahaha. Malam tadi aku dah siap-siap rebus dah mee lidi ni. Ain bagi aku banyak gile mee lidi ni. Die borong satu kotak kat Pekan. Bagi aku, aku suka mee lidi ni lagi berbanding ngan mee kuning tu. sedap pun sedap gak. So, nak tanak aku kena lah rajinkan diri memasak. Tu yang aku bangun awal pukul 5.30 pagi memasak. Hahahaha. Giler gigihkan.

Bahan-bahan aku dah siap kan dah malam tadi. Ayam semua dah siap potong kecik-kecik and mee lidi tu aku dah siap rebus malam tadi. Senang pagi ni aku tumis-tumis ape yang patut dan siap. Aku bawak satu tupperware besar gi ofis. Aku ni kalau masak mee goreng style aku, aku tak suka letak cili padi. Aku lebih suka letak lada hitam. Aku tumbuk lada hitam ngan bawang putih, then tumis kan bawang putih ngan lada hitam tu. Then, aku masuk kan ayam. lepas ayam dah masak, masukkan kicap and masukkan mee tu. Senang kan? Resipi yang cukup senang dan sedap. Hahahaha. Gile pemalas punya version mee goreng aku ni haaaaa. Dah lah ngan sayur nye tak der.


No comments: