Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 21, 2008

Outing Adik Beradik


Semalam aku outing ngan adik-adik aku. Pagi lagi dah keluar terus hala ke UM sebab Siti nak register masters die. Registration nye start pukul 9 pagi. By 8.30 am dah ade kat UM dah. By 9.15 am dah siap dah segala-gala nye. So, we all terus hala ke Midvalley sebab Siti teringin nak makan Domino's Pizza. Aku sempat beli novel ngan barang-barang keperluan diri kat Watson's jer.

Tak lama dok dalam Midvalley tu. Dalam 3 jam aje pun dok dalam Midvalley. Lepas tu, ingat terus nak balik. Tapi, tergerak hati pulak nak ke Butik Munawwarah. Hajat nye nak beli sehelai je tudung munawwarah. Tapi, bile dah sampai kat sane, tak der makna nye aku nak rembat sehelai. Sekali aku rembat sampai 4 helai ok tudung munawwarah.



Lepas tu, terus balik rumah and rehat-rehat sebab belah petang dah janji ngan Abang Farid nak jumpa kat Taman Metropolitan Kepong. Aku dah lama dah teringin nak lepak-lepak kat situ nak main layang-layang. Tapi, semalam baru lah jejak kaki kat sane. Tapi, tak main layang-layang lah weh. Nanti-nanti lah next time main layang-layang. Semalam aku sesaje je lah gi sane nak tengok-tengok orang and jalan-jalan.





Gambar aku tak banyak lah. Sebab ape tau gambar aku tak banyak? Sebab aku sibuk jadi photographer. Hahahaha. Berangan weh nak jadi photographer. Petang semalam aku dah selamat dah rasmikan tudung munawwarah yang aku beli warna merah menyala ko. Aku mane lah pernah pakai tudung warna merah menyala ni haaaa. Kali ni berani lak aku pakai. Aku jadi berkenan bile aku tengok Kak Elin pakai cam lawa je. Aku pun ape lagi, beli je lah.

No comments: