Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 07, 2008

Shopping Last Minute


Hari ahad keluar ngan adik-adik aku. Dah petang baru keluar sebab masing-masing dah bosan giler dok rumah. We all terus pegi cari makan dulu kat Ikea pegi makan meatballs. Terbayang-bayang lagi meatballs lagi tau. Syida tension je sebab salmon yang selalu die makan tak der. Yang ade pun baked salmon. Die takut tak sedap sebab tu die tak ambik. Umar pulak giler tamak siap order 2 dishes lagi. Sabo je lah aku. End up, aku jugak yang kena habiskan makanan die. Huhuhuhu.

Lepas tu, we all terus pegi Ikano masuk Padini Concept Store. Umar ngan Siti je yang beli baju kat situ. Then, terus gi beli barang nak masak Spagetti Bolognese untuk makan pagi raya kat Cold Storage. Lepas tu, gi hantar barang-barang tu kat kereta. Terus masuk The Curve pulak sebab Siti sibuk lah nak pegi Nichi nak beli baju. Aku pun menyibuk jugak nak gi Nichi sebenarnya. Mane lah tau kan kalau-kalau ade wedges yang lawa-lawa ke kat Nichi, leh aku sambar sepasang. Huhuhuhu. Alhamdulillah, ade lah wedges yang aku berkenan kat Nichi. Tak tunggu lama, terus aku sambar sepasang.



Lepas dah habis membeli belah kat Nichi, terus turun gi lepak minum kat Starbucks pulak. Aku tengok tak der mane pun orang melayu kat The Curve tu. Yang ramai pun cina je. Yang melayu semua dah balik kampung dah. Yang kitorang ni tak reti-reti gamak nye nak balik rumah. Hahahaha.



Lepas dah habis air, baru reti nak balik. Masa on the way balik tu, sikit punya jem lah highway LDP tu. Nasib baik bukan aku bawak. Sampai rumah pun dah nak dekat pukul 11 lebih. Lepas masukkan barang-barang dalam peti, terus masuk bilik and tido. Esok nak kena bangun awal sebab nak kena masak pulak untuk makan pagi raya.

No comments: