Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 13, 2008

Wedding

Pagi sabtu aku, mak ngan abah awal-awal dah bertolak ke Batu Pahat sebab nak attend wedding adik Kak Ya. Untung lah Izzat ngan Intan sampai 3 kali bersanding ko. Penat si Intan tu asyik lah dok memakai inai. Hahahaha.We all bertolak dari Sungai Buloh dalam pukul 10 pagi. Then, singgah Muar kejap jumpa atok. Jumpa atok pun kejap je sebab nak kejar masa kan. So, dalam pukul 12 lebih tu we all dah gerak ke Batu Pahat pulak. Sampai kat Batu Pahat pun nasib baik lah tak ramai orang. So, terus makan. Lepas makan, terus lepak-lepak kat dalam rumah sementara nak tunggu pengantin bersanding pukul 2.30 petang. Alhamdulillah cuaca memang elok. So, boleh lah pengantin berarak. Gambar aku hari ni tak der pun sebab aku tak der mood nak bergambar. Muka Lepas je tengok pengantin bersanding, terus we all chow ke Melaka pulak.




Dari Melaka ke Batu Pahat aku bawak straight sampai ke Melaka and we check in kat Orna Resort. Hajat pada awal nye nak check in kat Equatorial. Tapi, fully book lah pulak. Kalau dapat kat Equatorial senang sikit nak pegi wedding anak kawan abah tu. lepas check in kat bilik. Dapat rehat kejap je pun sebab dalam pukul 6 petang dah nak gerak ke Equatorial pulak sebab we all nak attend wedding anak kawan abah. Sementara dok tunggu abah siap tu, mak aku gedik tau suruh aku snap-snap gambar die. Bile ambik gambar die, die siap compare ngan aku. Siap cakap kalau orang tengok, mesti orang kate mak ni kakak tau. hahahaha. Perasan ok mak aku.


On the way nak pegi ke Equatorial, jem lah pulak jalan nak ke sane. Sangat sakit hati ok sebab aku yang drive. Kalau jem-jem ni aku hangin je rasa. Tapi, best pun ade gak leh tengok-tengok gelagat orang. Sangat maju ok Melaka skrg ni. We all sampai Equatorial ngam-ngam pukul 7 malam. Sampai-sampai sane je semua cina saje. Melayu nye we all jer. Ambik gambar tak banyak sangat lah sebab segan. Gambar makanan pun tak ambik sebab agak lah segan kan sebab dok satu meja ngan kontraktor, tokei balak semua kan. Karang diorang kate aku ni jakun gambar makanan pun nak ambik. Hahahaha. so, ini je lah yang sempat aku ambik pun.



Bagi aku, wedding ni sangat sweet tau. Pengantin perempuan keturunan cina and pengantin lelaki nye orang Thailand. Sangat handsome ok. Ni bukan statement aku okeh. Ni statement mak aku. Hahaha. Masa kat atas pentas tu nampak cam budak kecik je pengantin lelaki. Tapi, masa diorang datang kat meja we all, mak aku kate handsome gak pengantin lelaki ni. Aku suka sangat video yang diorang buat untuk tayangan jemputan. Sweet sangat-sangat tau. Tersentuh hati aku ni. Masa ucapan pun aku nak nangis even tho aku tak faham sebab pengantin cakap cina kan. Tapi, still aku rasa ucapan tu menyentuh hati. Aku kan emo terlebih. Hahahhaa.

Majlis habis dalam pukul 11 lebih, terus hala ke MMU ambik Umar. Then, terus balik resort. Konon je aku ni nak gi lepak Umbai lah ngan Umar. Tapi, hampeh je. Tak der makna nye nak lepak Umbai. Mata dah ngantuk dah masa ni. Perut lak kenyang sebab diorang hidangkan 9 course meal. Sedap okeh makanan die semua.

No comments: