Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 13, 2009

Mahram

Balik dari keje tadi, mak, abah ngan adik-adik perempuan aku and aku telah pegi lah ke kanduri tahlil sepupu mak aku. Sepupu mak aku meninggal last week. We all tak sempat nak pegi kenduri tahlil yang 3 hari berturut-turut tu kan. So, kitorang pegi lah yang hari ni yang genap seminggu punya majlis tahlil kan.

Ok, aku bukan nak cerita pasal kenduri tahlil tu. Aku nak cerita pasal sepupu mak aku ni haaaaa. Aku bengkek lah sangat-sangat ok ngan andak ni. Sedara mera dok panggil die andak lah. Kitorang tak rapat sangat ngan andak ni. Tapi, seriously aku menyampah giler ok. Masa tu dah nak balik kan. We all gi lah salam ngan sedara-sedara perempuan and abah gi lah salam ngan sedara-sedara lelaki kan. Sekali, andak ni nampak lah we all anak-anak dara mak abah kan. So, die cakap lah, owhhhh, dah besar-besar dah semua nye. Kitorang pun just angguk and senyum je lah kan.

Boleh pulak dan-dan tu die sound nye kitorang ni haaaaa. Die cakap ape tau, Haaaaa, takkan angguk je? Dalam hati aku, yer lah, angguk je lah kan. Nak buat ape lagi kan? Takkan kitorang ni nak gi salam andak lak. Tu dalam hati je lah. Adoyaiiiii, takkan lah tatau yang kan kitorang bukan mahram die. Sebab tu lah we all tak gi salam ngan die. Kadang-kadang i feel sad lah jugak tau sebab benda-benda macam ni, orang islam ambik mudah sangat. Kadang-kadang kite kena tahu sedara yang bukan mahram kite, kite tak leh salam.

Lagi satu kes aku nak cerita ni berlaku dalam family aku lah jugak. Cerita pasal atok sedara aku kecik hati sebab suami sepupu aku tak salam ngan die. Adoyaiii, dalam hal ni, kalau kite belajar secara mendalam memang yang haram tetap haram. Walaupun orang tu ko dah anggap cam mak walaupun orang tu mak angkat ko. Haram tetap haram di sisi islam.

Then, bab pakai tudung pun same. If sedara kite tu bukan mahram kite, kite kena lah tutup aurat. Kalau dengan sepupu-sepupu pun selamber je tunjuk rambut so what for u pakai tudung kan. Tak der guna nye lah kan. Betul tak? Itu je lah aku nak cakap pun. Harap-harap tak der lah yang tak puas hati yer. Entry ni tak der kena mengena ngan sesape and tak der terniat pun nak kutuk sape-sape yer. Aku cuma luahkan ketidakpuasan hati aku jer.

No comments: