Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 20, 2009

Mulanya Satu Cinta



Tulah… jangan terlalu benci jangan terlampau ego. Konon tak suka… konon tak akan tergoda jauh sekali terpikat, tak mustahil kata-kata itu memakan diri sendiri. Bila dah terjadi barulah mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena sebabnya merindu dan asyik terbayang-bayang lebih-lebih lagi kalau orangnya baik budi bahasa dan cantik pulak dipandangan mata. Sapa yang susah... lu pikirlah sendiri bro…

Itulah yang terjadi pada Eddy Ezli, seorang duda anak satu yang cukup ego dan sombong dalam tega mempertahankan kejituan sekeping hati dari diceroboh oleh insan bergelar perempuan. Hidup yang selama ini diuruskan oleh ibunya tiba-tiba berubah bila si ibu nekad untuk pulang dan menetap di kampung setelah sekian lama kembali menjadi tempat si anak bermanja dan bergantung harap. Kalut Eddy Ezli jadinya bila keputusan si ibu tidak dapat dipujuk jauh sekali diubah. Dalam rela penuh keterpaksaan dia mengikut saranan ibunya agar mendapatkan seorang pengasuh bagi anak lelaki kesayangannya Afizan. Maka bermulalah perubahan dalam hidup lelaki berstatuskan duda itu

Kehadiran. Iryanie cukup disenangi bukan sahaja oleh ibu Ezli malahan anak lelakinya membuatkan lelaki itu sengaja menyembunyikan sikap sebenarnya. Iryanie dijadikan teman bertelagah, berbalah hingga sukar mencapai satu persetujuan. Dia sengaja menyulitkan keadaan yang sepatutnya berjalan dengan mudah. Sindir menyindir bagai rencah yang menyempurnakan perjalanan harian mereka. Bukan Ezli buta dalam melihat kebaikan gadis itu, tapi pengalaman masa lalu bersama bekas isterinya Khairina menjadikan lelaki itu bagai fobia untuk mengakui segala yang dimiliki oleh Iryanie.

Berbagai kisah hadir sepanjang kehidupan harian mereka. Kemunculan Khairina yang ingin merampas kembali Afizan dari tangannya amat menyiksakan hingga kes menuntut hak penjagaaan dibawa ke mahkamah. Khairina tidak berpuashati dan kemuncaknya adalah tindakan nekad separa gila melarikan anak itu hingga membuatkan Ezli benar-benar terpukul.

Dapatkah bersama anaknya kembali… Sebagai lelaki normal, mana mungkin dia mampu untuk terus-terusan menutup dan menafikan bahawa nalurinya memerlukan belaian seorang yang bergelar isteri malah lebih penting anaknya amat membutuhkan kasih sayang seorang ibu hinggakan tanpa keizinan Ezli anak itu memanggil Iryanie dengan panggilan ‘Mama’.

Mampukah Ezli mempertahankan tugu keegoannya dan menolak Iryanie sejauh mungkin dari hati yang sudah mula menggoyah kasih??? Mengapa Iryanie tega membiarkan dirinya terjebak dalam sebuah perkahwinan paksa yang nyata tanpa relanya??? Apakah Afizan akan menerima Khairina sebagai mamanya semula sedangkan dalam jiwa anak kecil itu sudah ada Mama lain yang lebih disayanginya… Mulanya satu cinta punya jawapan pada tiap persoalan dan percayalah anda tidak akan bosan malah mahu berganjak sebelum tahu apa kesudahan kembara mereka semua.

Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli

“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”

Sinopsis ni aku ambik dari blog Rose Harissa.

Aku baru je beli novel ni. Aku memang suka sangat penulis Rose Harissa ni buat buku. Buku die memang tak jemu lah baca. Bahasa santai habis. Semalam aku beli, dan semalam jugak aku baca buku ni. Tergelak-gelak aku baca novel ni tau. Kalau korang nak tau best ke tak novel ni, aku rekemen sangat-sangat novel ni. Gi lah cari di kedai buku berhampiran anda yer. Anda pasti tidak menyesal. Huhuhuhuhu.

No comments: