Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 31, 2009

Majlis Akad Nikah Dhayah

Hari ni aku bangun pagi dalam pukul 10. Bangun lewat sebab nye malam tu tido lewat. Bile dah bangun tu baru lah dok sibuk nak menggosok baju ngan tudung yang nak di pakai nak gi akad nikah hidhayah. Aku ni suka benar buat keje last minit. Tak der makna nye lah nak siapkan awal-awal.

Aku kalau bersiap kejap je. By 11.15 aku dah siap make up and pakai tudung semua. Sungguh express kan.


Dah ready dah nak gi akad nikah. Sila abaikan rak buku aku yang bersepah di belakang yer. Sangat malas nak kemas lagi. Nanti-nanti baru nak kemas.

Aku pegi ambik Dayah ngan Ain dulu kat sec 8 then terus ke Johan Setia tempat akad nikah berlangsung. Sampai-sampai, terus lepak-lepak dalam bilik pengantin. Lain betul muka Dhayah bile dah make up tebal-tebal tau. Dah lah dah memang cantik. Dhayah dok nervous nak akad nikah. Aku pun over berdebar ok Dhayah nak akad nikah. Hahahaha. Tah ape-ape tah. Aku suka over excited tau.



After Zuhur we all gerak pegi ke masjid tempat Dhayah akan dinikahkan. Rombongan pengantin lelaki memang punctual sangat tau. Janji pukul 2 nak akad nikah, pukul 1 die dah sampai kat masjid tu. Camni lah bagus kan. Ini tak, janji pukul 2 kadang-kadang pukul 3 baru datang. Huhuhuhuhu. Ampun yer kalau terkena kat batang hidung sesape.

Aku tak ambik gambar pun kat masjid sebab kemalasan melanda. Lepas dah selesai akad nikah kat masjid, terus balik rumah Dhayah sebab nak makan. Giler lapar. Tadi mak Dhayah suruh makan dulu konon jual mahal. Skrg ni ko rasakan lah dari pagi tak makan kan. Pukul 2 lebih baru terhegeh-hegeh nak makan. Hambik ko.



Lauk die sangat sedap ok walaupun sekadar ikan jaket goreng, kuah lemak pisang tapi, aku ambik kuah aje. Pisang aku tak makan. And betik tumis. Betik tumis tu aku first time makan. Memang sedap giler weh. Ain siap nak menambah tapi, malu. Hahahahaha. Memang licin pinggan aku makan nasi kali ni tau. Superb lah lauk die.

Lepas makan, masuk rumah balik ambik gambar ngan Dhayah.




Lepas dah bergambar terus balik. Perasan tak, gambar pengantin lelaki tak der. Nanti lah eh aku ambik gambar pengantin lelaki nye esok time kenduri.

No comments: