Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 16, 2009

Kuala Lumpur - Langkawi - Day 1

Pagi ni aku bangun sempat lagi dok packing-packing baju. Rasa cam banyak lagi baju tak bawak. Bile dah habis mengemas, lepak surfing internet jap google pasal Langkawi. Aku ni tah ape-ape tah. Dah nak pegi, baru lah terhegeh-hegeh nak google pasal Langkawi. Memang tak der makna nye. Then, pukul 12 lebih aku bersiap and tunggu abah balik sebab aku mintak tolong abah gi hantar aku kat LCCT. Before that, gi ambik Ain, Nor ngan Azizi dulu kat Shah Alam. Lepas ambik diorang, terus gerak gi LCCT.

Sesampai nye kat LCCT, terus gi check in luggage dulu. Then, lepas tu baru gi makan. Aku tak makan lagi dari pagi. Masa tu dah pukul 3 lebih dah. Pedih perut aku weh. Lepas makan, terus masuk balai berlepas. Seperti biase, sementara nak tunggu boarding tu, snap-snap picture dulu.




We all boarding pukul 4.40 petang. Sampai je kat Langkawi, terus berurusan ngan mamat ni nama Shovri. We all booking kereta semua ngan die. So, sementara tunggu Nor berurusan ngan Shovri, we all posing dulu.



Lepas Nor dah habis urusan, terus we all gerak ke Vacation Home yang kitorang dah booking. Bagi aku, not bad lah our Vacation Home ni. Aku sangat suka.


So, selama 4 hari 3 malam kat sini, we all akan stay kat Rasa Eksotika Vacation Home. Lepas dah check in, terus masing-masing masuk bilik, solat and membuta sampai nak dekat maghrib. Penat weh. Lepas maghrib semua bangun, mandi, solat and siap-siap nak gi makan pulak sebab semua dah lapar giler.

We all gi makan kat Restoran Difiqa. Memula cam nak gi makan kat Orkid Ria. Tapi, tengok cam restoran cina. So, tak jadi makan kat Orkid Ria. Terus gi makan kat Difiqa. Makanan kat Difiqa ni best lah jugak. We all makan seafood.



Lepas makan, terus gi jalan-jalan sepanjang jalan Pantai Cenang tu. Aku suka lah area Pantai Cenang ni bile malam. Keadaan ni mengingatkan aku area kat Seminyak Bali. Penuh ngan orang putih. Masa kat Vacation Home kitorang tu lagi lah. kejap-kejap orang putih lalu. Syok betul rasa leh cuci mata. Hahahaha. We all tak beli ape-ape pun. Just lepak-lepak kat kerusi yang ade kat situ sesambil makan ice cream and tengok gelagat orang putih.



Lepas tu, dah agak-agak bosan dok lepak-lepak kat situ, terus we all menuju ke Pekan Kuah. Nak balik bilik still awal lagi. Ape barang balik bilik awal-awal. Tak rock lah. We all terus pegi ke Dataran Lang sebab nak snap-snap gambar kat situ.





Lepas dah puas ambik-ambik gambar, we all pun balik sebab esok nak gi Island hoping pulak.

No comments: