Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 16, 2009

Langkawi - Day 2

Pagi ni Shovri dah habaq awal-awal nak ambik we all dalam pukul 8.45 pagi kat Rasa Restaurant. Before that, harus lah gi breakfast dulu kan. Karang ko dah pegi pulau-pulau tu mane ade tempat makan kan. Lepas makan, baru gerak pegi jetty Kuah. Aku ingat kitorang berlima je dalam satu bot tu. Tapi, ade lagi 10 orang menunggu kat jetty tu. Nasib baik pegi naik bot besar. Tak der lah pening sangat.



First stop, we all singgah kat Pulau Beras Basah. Kat situ, we all berenti mandi manda. Tak der lah mandi manda yang beriya tu. Tapi, just basah-basah kan badan je. Air kat situ jernih je lah. Tapi, banyak batu lah kat pantai die. Sakit kaki aku.





Lepas dah habis aktiviti kat Pulau Beras Basah, we all meneruskan perjalanan ke Pulau ape tah nama nye untuk eagle feeding.First experience lah jugak sebab first time kan tengok helang. Masa ni bot kena berenti. Kalau bot kecik tu mesti aku dah pening dah. Nasib baik bot ni bot besar. So, tak der pening langsung. Lepas tu, we all meneruskan perjalanan ke tasik Dayang Bunting. Kat sini, nak sampai ke Tasik Dayang Bunting tu, harus lah memanjat tangga naik dan turun bukit. Adoyaiiii, rasa nak tercabut kaki aku ni tau. Huhuhuhu.







Lepas dah puas mandi dalam tasik dayang bunting tu, we all pun terus balik menuju ke Jetty Kuah. Waktu tu dalam pukul 12.30 tengahari. Then, menunggu lah pulak si Shovri ambik kitorang. Sesambil tu lepak minum air kotak and makan buah langsat. Then, tak lama lepas tu, Shovri ambik we all and hantar balik ke Rasa. Before balik bilik, singgah makan kat restoran depan Rasa. Makan nasi campur je. Tak der hati lak nak makan laksa. Punya lah budak tu dok promote laksa kedah. Huhuhuhu.

Lepas makan, we all balik bilik and lepas mandi-mandi semua tido sampai lah nak ke waktu asar. Then, masing-masing bangun and siap-siap sebab nak gi Pantai Tanjung Rhu pulak sebab nak gi tengok sunset. Pantai Tanjung Rhu ni memang lawa ok pantai die. we all just lepak-lepak and borak-borak sambil tengok sunset. Besar sungguh kuasa tuhan.



Lepas dah matahari dah turun, terus we all gi makan malam kat Restoran Nelayan. Banyak giler seafood kat situ. Pilih je ko nak makan ape and nak masak ape seafood tu. Makanan die pun not bad lah. Sedap jugak and ramai giler orang makan kat sini. Nasib baik we all sampai cepat. Kalau tidak, menunggu jugak lah.

Lepas makan, we all terus pegi Pekan Kuah sebab nak gi karaoke. See, sampai ke Langkawi pun still cari karaoke lagi. Boring maaa malam-malam tatau nak buat ape. Karaoke kat sini rm20 satu jam. So, sorang bayar RM10. Lepas habis karaoke, terus balik and tido.

No comments: