Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 16, 2009

Langkawi - Day 3

Hari ni we all memulakan hari dengan pegi ke Cable Car. Sesampai kat Cable Car tu time nak redeem tiket, diorang dah gantung notis dah mengatakan cuaca buruk tak leh nak naik. So, we all pun tunggu lagi sebab diorang kate dalam setengah jam dah ok dah cuaca ni. So, sesambil tu cuci mata dulu kat kedai-kedai kat situ. Then, ade sorang abang guard dok kat luar kaunter tu and we all pun borak-borak lah ngan die. Sekali, aku dengar kakak kat dalam kaunter tu dok cakap lagi 10 minit boleh naik. So, aku suruh Nor beratur gi redeem tiket tu. Alhamdulillah, tercapai hajat nak naik cable car. Tapi, gue gerun ok naik cable car ni. Nak nak masa lalu kat roda tu. Aduhai, rasa cam nak terjatuh jantung ni haaaa.



Bile dah sampai kat atas sekali, ambik-ambik gambar. Then, terus lah we all turun ke jambatan gantung tu pulak. Tapi, nak turun ke jambatan gantung tu, kena jungle tracking. Waaaaa, rasa cam nak nangis ok turun bukit tu. Aku tipu je. Turun bukit tak der lah rasa nak nangis. Tapi, lepas je dah habis kat jambatan gantung tu, memang rasa nak nangis sebab nak kena panjat balik tangga tu. Huhuhuhuhu. Penat sehhhhh. Masa memula tu, rasa cam tanak je turun ke jambatan gantung tu. Tapi, kalau tak turun rasa cam rugi lak. Tu yang aku gagahkan jugak diri aku untuk berjungle tracking tu. Masa dah sampai kat atas rasa syukur sangat.

Then, we all terus turun ke kaki gunung. Masa dalam cable car nak turun ke bawah aku rasa cam nak tido sangat. So, sempat lah tido-tido ayam kejap. Huhuhuhu. Bile sampai kat bawah pun rasa sangat syukur sebab dah selamat sampai kat bawah. Alhamdulillah.

Lepas gi cable car, we all singgah Beras Terbakar. Pegi sane shopping and ambik-ambik gambar. Ambik gambar tak der lah banyak sangat. Shopping je lebih tau. Kat sini aku beli baju untuk Azfar ngan Yaya and kain batik and kain pelikat untuk mak and abah aku. Lepas tu, perut terasa lapar lah pulak. So, we all makan kat luar makam mahsuri. we all makan laksa je. Sedap jugak lah laksa die. Lepas tu, we all masuk Makam Mahsuri. Biase lah kan, tempat standard kalau pegi Langkawi. Tak sah kalau tak pegi Makam Mahsuri.




Lepas pegi Makam Mahsuri, we all pegi memborong minyak gamat kat Nusantara Maju. Yang ni memang Shovri dah bagitau dah kalau nak beli minyak gamat yang bagus, beli kat nusantara maju je. Lepas dah habis memborong, terus we all pegi ke Wildlife Park. Kat sini ade banyak binatang lah. Kalau sesape ade anak ke, seronok lah pegi sini. Aku pun seronok. Takkan budak-budak tak seronok pulak kan. Best lah kat sini. Kite boleh bagi binatang-binatang tu makan. Makanan ade jual kat kaunter tiket. RM6 satu plastik.





Lepas dah puas tengok binatang, terus menuju ke arah Telaga Harbour Park. Memang best lah area sini. Die cam ala-ala marina gitu. Tempat banyak kapal-kapal mewah berlabuh. Suka nye tengok kapal-kapal mewah ni. Bile nak ade satu ni? Huhuhu. Tak per, kite berangan dulu ok. Mane tau satu hari nanti jadi kenyataan kan. Lepas ambik-ambik gambar, terus we all lepak minum kat The Loaf.



Lepas dah minum-minum kat The Loaf, terus balik ke Pantai Cenang. We all singgah satu kedai ni kat area Pantai Cenang sebab nak beli fridge magnet. Aku tak ingat dah nama kedai die. Tapi, fridge magnet kat kedai tu lawa-lawa and murah. Lepas dah membeli souvenir semua, terus gi berenti untuk makan malam kat Rasa Restaurant. Diorang semua makan nasi goreng. Aku sorang je tekak western order fish and chips.



lepas makan, terus balik bilik and terus mandi-mandi and rehat. Kaki memang tok sah cakap lah memang sakit giler. Keting aku ni sakit giler. Rasa cam bengkak je. Sempat lah sapu ngan minyak panas before tido.

No comments: