Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 22, 2009

Langkawi - Last Day

Dah tiba dah last day kat Langkawi. We all bangun agak lewat masa last day ni. Malas nak bangun awal-awal sebab rasa penat sangat-sangat. Kesudahan nye we all bangun nak dekat pukul 10. Then, terus siap-siap sebab last day ni we all peruntukkan masa untuk shopping je. We all check out awal. Patut nya check out pukul 12. Tapi, pukul 11 pagi we all dah check out dah. Before gi shopping, we all gi breakfast dulu kat kedai depan Rasa Restaurant.



Lepas dah breakfast, terus hala ke Pekan Kuah for last minute shopping. Seperti biase, tak sia-sia Azizi ikut pegi Langkawi tau sebab die ni lah jadi driver ngan cameraman kitorang. Huhuhuhu. Beg-beg shopping tanak pulak die bawakkan. sabo je lah aku.



Lepas dah habis shopping, terus pegi isi perut kat satu kedai ni kat tepi jalan nak ke pantai cenang. tatau ah nama kedai die ape. Tapi, makanan kat situ sedap-sedap lah. Banyak giler lauk die. We all lepak kat kedai tu ade nak dekat 2 jam. Masa tu nasib baik dah tak der orang sangat. Lepas makan, gi solat kat Kedawang. Then, terus pegi lepak kat Pantai Pasir Tengkorak.



Lepas lepak-lepak kat tepi pantai, terus we all hala ke Pantai Cenang balik sebab nak lepak makan cendol ngan Laksa power pulak. Ain pulak pekena rojak.



Dah nak maghrib, we all terus hala ke masjid yang berdekatan sebab nak solat maghrib. Azizi tak aci betul lah. Sempat mamat tu mandi tau. Lelaki senang lah nak mandi. Yang kaum perempuan ni susah lah nak mandi-mandi semua kan. we all sempat cuci muka je. Lepas solat, terus hala ke airport sebab dah janji dengan Shovri nak pulangkan kereta pukul 9 malam.


We all boarding pukul 10.40 malam. Pukul 11.40 dah sampai LCCT. abah ambik kat LCCT. Then, hantar diorang kat Shah Alam. Then, terus balik Sungai Buloh. Maka habis sudah percutian kitorang. So, get back to work.


Dan ini sahaja lah yang aku gigih dok shopping kat Langkawi. Aku ni sangat tak kuasa nak beli pinggan mangkuk ok. Sangat tidak reti.

No comments: