Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 22, 2009

Meet Diana Mama Adam


Hari jumaat lepas aku gi jumpa Diana Mama Adam. Kitorang ni nama je keje satu u*TM tapi, nak jumpa nye sikit punya payah lah. Almaklum je lah kan masing-masing busy ngan hal masing-masing. So, keputusan di ambik. Akhirnya, berjumpa jugak lah kitorang masa rehat tu. Kan waktu rehat hari jumaat kan panjang. Jumpa ngan Diana pun sebab kebetulan Diana nak pegi Butik Zahra nak ambik stok tudung. So, aku ikut je lah sebab nak tau jugak kan kat mane Butik Zahra tu. Aku pegi pun tak beli tudung. Just pegi tengok-tengok jer. We all sampai sane dalam pukul 12.30 tengahari. Lepas dah tengok-tengok tudung, we all pun gi makan kat tengahari kat bawah Butik Zahra. Kedai tu cam kedai perabot. Tapi, kedai tu sebenarnya kedai makan yang berkonsepkan kedai perabot jugak. Makanan die pun superb. Memang sedap. Thanks to Diana yer sebab belanje eyzzah.



ginger beef kuey teow ni aku punya



nasi goreng thai special ni Diana punya




aku segan sebenarnya ngan Diana ni. Diana ni banyak mulut dan dalam erti kata lain amatlah peramah nye. Yang aku ni haaaa, senyap je orang nye. Lain lah kalau aku dah kenal lama, aku kecoh lah. Kalau baru je kenal, aku tak banyak mulut sangat. Huhuhuhu.

Lepas dah makan, terus balik ke ofis. Tapi, masa on the way kat Mutiara Damansara, aku pun buat lah U-turn haram. Sekali, lepas dah U-turn tu, nampak pulak pak polisi. Aduhai, cuak aku sehhhh. Ape lagi, kena lah tahan kan. Huhuhuhu. Ape lah nasib ku. Ni antara perbualan aku ngan pak polisi tu.

Pak Polisi : keluarkan ic ngan lesen yer. (bile aku dah keluarkan lesen tu). Puan A*****a, tau kan kat sini tak leh buat u-turn?

Aku : (tak terjawab aku)

Pak polisi tu gi depan kereta aku dok tulis-tulis dalam buku die. Dalam hati aku dah tak terkata dah. Memang sah lah ni aku kena saman. Melayang duit aku. Huhuhuhu.

Pak Polisi : So, skrg ni awak ade dua pilihan je. Pilih yang mane awak nak? Nak saman ke atau nak amaran?

Aku : Encik, mesti lah saya tanak kalau kena saman. Mesti lah saya nak amaran je.

Pak Polisi : Ok, kali ni saya lepaskan. Lepas ni kalau awak buat, awak memang kena saman.

Selamat duit aku weh dari melayang kena saman. Serik aku nak buat U-turn haram weh. Huhuhuhu.

No comments: