Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 26, 2009

Tengok wayang


Hari tu kan, balik dari Langkawi, adik-adik aku dah siap booking tiket wayang sebab nak pegi menonton citer Geng Pengembaraan Upin & Ipin. Memang best lah cerita ni. Kalau sesape yang ade anak kecik, sila lah bawak anak-anak anda pegi menonton yer. Tak rugi pun bawak diorang menonton cerita ni. Banyak lah pengajaran yang kite dapat bile tengok Upin & Ipin ni. Aku tengok citer ni gelak je keje nye. Serius, memang kelakar giler. Yaya yang umur 5 tahun tu pun mengekek gelak. Apatah lagi lah aku ni kan. Tapi, cam over lah buat ular-ular semua tu kan. Ade jugak budak-budak kecik takut tengok ular-ular tu semua kan. Tapi, ok lah kan semua nye. Aku bagi 4 bintang lah untuk Upin & Ipin ni.



Kelmarin, masa tengah lepak-lepak dalam bilik mak abah, adik aku dok bercerita pasal Slumdog Millionaire. Aku tanya lah die, best sangat ke citer ni sampai leh dapat 8 award untuk Oscar siap dapat filem terbaik lagi kan. Syida cakap best. Mak aku pun siap suruh tempah tiket nak gi tengok semalam. Nasib baik masa booking tu, ade lagi seat. Alhamdulillah dah bayar semua gua E-payment kan. So, secure lah jugak tiket tu kan. Masa kat ofis pun rasa cam nak buat keje pun tak der mood. Nak balik cepat je rasa sebab tak sabar nak gi tengok Slumdog ni. Lepas maghrib, kitorang keluar lepak makan kat kedai mamak dulu. Then, baru lah ke GSC, OU.

Memang best pun Slumdog Millionaire ni. No wonder lah boleh dapat banyak award. Dan pelakon yang bawak watak Jamal Malik tu comel lah. hahahaha. Hidung mancung terletak je.

No comments: