Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 30, 2009

Asasi Law Dinner

Hari sabtu, pepagi lagi aku dah keluar ke Shah Alam sebab ade nak gi tengok bebudak rehearsal kat Hotel Grand Blue Wave. Tapi, nak gi tengok rehearsal nye belah petang. So, belah pagi nye tu kitorang gi The Curve dulu jalan-jalan. Diorang je yang membeli belah. Aku beli jugak lah baju sehelai. Tu pun baju untuk Naili je. Jila memang mengidam nak baju tu. So, aku janji ngan die kalau aku jumpa, aku beli kan lah bagi present untuk Naili for 6 months punya birthday present. Naili ni untung tau. Every month ade je orang bagi present tau.

Tengahari we all gi makan kat Ikea sebab Ain teringin nak makan almondy cake kat cafe Ikea. Aku lak makan fish and chips. Lepas makan, terus ke Hotel Grand Blue Wave sebab nak tengok bebudak yang dinner belah malam buat rehearsal. Sejam lebih lah jugak berkampung kat hotel tengok bebudak tu buat rehearsal. Lepas tu, terus gi hantar Nor kat SACC Mall sebab minah tu nak set rambut pulak. Then, aku and Ain balik rumah. Sempat lah aku mandi. Tak lama lepas tu, Nor call suruh ambik die sebab die dah siap set rambut dah. So, aku sebagai driver ni pegi lah ambik Nor. Memang dah rupa driver dah aku tau masa tu.

Pukul 6, aku dah ready kan diri untuk muka aku di make up oleh Nor. Bile Nor tanya nak make up camane? Aku leh jawab ape tau, nak make up yang tebal tapi, tanak lah make up cam hantu. Hahahaha. Cam lah pernah nampak hantu aku ni. Confident je cakap camtu. Hahahaha.

Lepas je solat maghrib, terus ke Grand Blue Wave. Malam ni ade dinner untuk budak-budak Asasi. Tema untuk malam ni ialah Prima Lagenda. Student-student je yang dress up ikut tema. Staf-staf semua tak koser nak dress up ikut tema. Pakai baju batik sudah.




Dinner tak habis lagi aku dah cabut balik dah. Mak aku dah sibuk-sibuk call dah sebab dah lewat malam kan. Mak aku tu risau die terlebih-lebih lah.

No comments: