Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 05, 2009

Bangi Kopitiam


Semalam balik dari keje, ingat nak lepak kat rumah je. Tapi, mak ajak keluar pulak gi beli lampu untuk porch yang baru buat tu. Memula, memang agak lah malas nak ikut. Tapi, aku telah di paksa oleh Syida untuk ikut sebab lepas tu nak gi makan kat mamak terus. Masa sampai kedai lampu tu, memang lah hajat di hati ni nak beli lampu untuk porch baru tu kan. Tapi, bile dah sampai kedai lampu tu, ko tau-tau je lah kan mak aku, berkenan lak ngan lampu yang ade kristal semua tu. Dan-dan tu jugak lah nak tukar lampu baru untuk ruang menonton.

Abah biase lah kan bile mak mintak mesti approved kan aje. Mula-mula nak beli dua. Tapi, decide beli satu je dulu nak test. Kalau ok, baru beli lagi satu. Kalau we all datang kedai lampu kat Rahman Putra tu, memang tak sah lah kalau tak dok lama. Mesti lama giler dok kat kedai tu.

Lepas dah beli lampu, masa kuar dari kedai lampu tu, nampak lah satu kopitiam ni baru bukak kat belakang kedai lampu. Lepas tu, ade lah jugak lalu kat depan bangi kopitiam ni. Tapi, masa tu tak decide pun nak makan kat kopitiam. Tapi, bile dah sampai kat depan kedai mamak, terus decide nak gi makan kat kopitiam pulak. Pening kepala den tau.

So, terus decide nak makan kat Bangi kopitiam. Makanan kat Bangi Kopitiam ni best lah. Semua pun sedap-sedap. Aku makan mee kari special, Syida makan asam laksa and abah makan mee hoon tomyam. Sedap semua nye.





Lepas makan, terus balik rumah.

No comments: