Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 30, 2009

Lex Familia Fest 2009

Pepagi hari ahad dah bangun pepagi buta sebab nye aku tak berape nak lena sangat sebab Azfar tido ngan aku malam tu. Tak lena tido sebab kejap-kejap aku bangun check Azfar. takut-takut lah kan aku terhempap die ke hape kan. Hahahaha. Keluar rumah cam hari bekerja sebab hari ni ade Family Day Law Faculty. Sepanjang 5 tahun keje, ni lah first time aku pegi family day. Sangat kesian kan.

Aku sampai INTEC seawal pukul 8 pagi. Then, pegi daftar nama sebab nak dapatkan payung FUU. Lepas daftar diri, ade senamrobik. Tapi, cam lebih kepada menari poco-poco lah. Aku suka sangat poco-poco ni. Habis berpeluh-peluh badan aku ni haaa. Lepas poco-poco, terus serbu khemah untuk breakfast.

Lepas makan, upacara perasmian oleh Dekan. Lepas tu ade lah perbarisan and pertandingan cheers semua kan. Then, baru lah ade pertandingan tarik tali. Memula cam tanak masuk tarik tali sebab takut sakit-sakit badan. Tapi, masuk jugak lah sebab nak tunjuk betapa sporting nye kitorang kan. Team staff perempuan campur ngan student. Masa first round, team staff perempuan kalah. kalah pun sebab tempat kitorang tu licin weh. Masa second round, team staff perempuan menang. Tapi, masa aku dok gigih tarik tali tu, aku boleh jatuh tergolek dok. Habis kotor seluar aku maaaa. Bile dah keputusan seri, kena lah buat lagi satu round kan. Last round tu, sukacita dimaklumkan yang team staff perempuan menang okeh. Bikin malu lah staff lelaki camane lah boleh kalah kan. Hahahaha. Berbaloi lah aku jatuh tergolek dok semua tu kan.

Lepas acara tarik tali, acara lepak beramai-ramai. Then, kitorang semua jadi tukang sorak masa staff lelaki main futsal. Berkat sorakan staff perempuan ni, menang gak lah pasukan futsal staff. Tak lama lepas tu, diorang dok bincang-bincang nak buat team untuk bola jaring pulak. Aku surrender awal-awal sebab aku sangat lah tak tau main bola jaring. Aku jadi pemerhati sudah lah kan. So, ending nye pasukan futsal lelaki dapat juara. Bola jaring dapat lah naib juara. Ok lah kan dari tak der langsung.



No comments: