Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 16, 2009

Lesen memandu

1) Anda boleh memandu?
Ya. Saya boleh memandu

2) Memiliki lesen memandu?
Yer. Saya memiliki lesen kereta. Lesen motor pun hampir-hampir je nak ambik. Tapi, mak tak bagi ambik.

3) Bila tarikh luput ?
10/06/2010

4) Dimanakah anda mengikuti kelas memandu?
Sekolah Memandu Anikasturi kat Sungai Buloh.

5) Instructor pertama anda?
Nama die tatau. Tapi, aku panggil Uncle je kat die. Baik sangat-sangat. Even skrg ni pun kalau jumpa die, die still ingat aku lagi. Dan kadang-kadang kalau jumpa die kat kedai makan, die akan belanje aku. Best kot ngajar aku ni sebab tu die ingat sampai bile-bile. Hahaha.


6) Kenderaan yg anda bwk sekarang?
Myvi Hitam, B*Y 9887

7) Impikan kenderaan lain?
Saya mengimpikan nak pakai merc B Class. Tapi, kalau tak dapat Merc B Class pun, Wolkswagen beetles pun ok gak. Tapi, kalau nak lagi best, BMW X5 pun dah ok. Hahahaha.


8) Pernah kemalangan?
Pernah. Aku cerita kemalangan motor dulu eh. Aku accident motor ni masa aku kat dalam kampung. So, otai lah kan bawak motor tak pakai helmet semua kan. Lesen pun mane ade masa tu. Yer lah kan, umur baru form 5. Mane lah ade lesen kan. Korang tau aku langgar sape? Aku langgar nenek naik basikal. Kejam, kejam. Haahaha. Nenek tu tulang bahu die teralih. Sian sangat. Aku pulak kaki aku tatau ah kena ape sampai terkorek isi semua. Tulang alhamdulillah tak patah. Urat je ade calar sikit. Huhuhuhu. Haru je aku rasa masa tu tau. Dapat lah aku MC sebulan. Seronok rasa dok umah.

Accident kereta pun tak der lah teruk sangat pun. Masa tu aku bawak kembara mak, masa tu tengah jem. Aku mengantuk tersengguk-sengguk. Terus terlanggar kereta depan. Tapi, tak teruk pun kereta aku. yang teruk kereta depan lah sebab die pi langgar lori depan die lak. So, aku kena lah saman RM300. Bayar je lah kan sebab dah salah.

9) Kenangan manis/pahit sewaktu belajar memandu?
Tak der kenangan manis dan pahit lah. Tapi, kenangan manis nye sebab lulus lah kot.

10) Tips buat mereka yg ingin mengambil lesen?
Tak reti aku nak bagi-bagi tips kat orang ni.

No comments: